Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

QALUAR KAMUK DARI DIWAN INIK

05 April, 2012

Parlimen Kecoh, MP Machang Dan Pasir Salak Pula Di Arah Keluar Dewan

KUALA LUMPUR, 5 April - Situasi Sidang Dewan Rakyat hari ini kembali gamat setelah Timbalan Yang Dipertua Datuk Ronald Kiandee mengarahkan tiga Anggota Parlimen keluar dari dewan sehingga persidangan hari ini berakhir. Ahli Parlimen yang mendapat arahan tersebut termasuklah N. Gobalakrishnan (Bebas-Padang Serai), Datuk Saifuddin Nasution (PKR-Machang) dan Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang didakwa cuba mengganggu sessi perbahasan pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2012 dan usul anggaran perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2011.

Insiden tersebut bermula setelah N. Gobalakrishnan yang tidak berpuas hati dengan tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) bangun bagi menyokong Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) meminta penjelasan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai berkaitan Perbahasan tersebut.

"Padang Serai, kita ada perkara serius kita hendak bincang. Kalau ada yang lain tidak penting, kita bawa ke kantin," katanya yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Tindakan Gobala yang tidak menerima arahan Timbalan Yang Dipertua agar kembali duduk di kerusi Dewan menyebabkan beliau telah diputuskan pihak Speaker untuk keluar dari Dewan Yang Mulia itu.


Datuk Ronald Kiandee telah memberi peringatan kepada Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen PKR Indera Mahkota agar tidak membuat sebarang pertikaian lagi berkenaan jumlah peruntukan perbelanjaan yang hendak dibahaskan kerana Timbalan Menteri kerana ianya telahpun diperjelaskan Timbalan Menteri Kewangan sebelum ini.


Namun Dewan Rakyat semakin kecoh akibat pertikaman lidah di antara Saifuddin Nasution (PKR-Machang) dan Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang membangkitkan isu lawatan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) ke Konrad Adenauer Foundation di Jerman sebagai rujukan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.


Anggota Parlimen Pasir Salak itu mendakwa Saifuddin yang membangkitkan soal lawatan itu kerana kononnya ingin menunjuk-nunjuk integriti beliau yang menyebabkan Saifuddin 'panas telinga'.


Lantas keadaan yang semakin tidak terkawal menyebabkan Timbalan Speaker sekali lagi mengarahkan kedua-dua Ahli Parlimen itu keluar dari dewan.


Beliau juga kecewa dengan sikap sebilangan Ahli Parlimen yang mengambil kesempatan membangkitkan isu-isu yang tidak sewajarnya menimbulkan ketegangan. Malah beliau mengesyaki ianya mungkin disebabkan faktor Pilihan Raya ke 13 yang semakin hampir. ~
bernama
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.