Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RAMAI JUGA TU BN KALAH DALAM MEDIA

Friday, April 6, 2012

77% Pembaca Sinar Harian Menyokong BERSIH 3.0 Wajar Diadakan , Apa Lagi Anda Tunggu Jom Turun Bersih 3.0.

Undian ini adalah solid memandangkan bancian online dilakukan oleh akhbar Sinar Online, bukan Harakah mahupun Utusan Online. Ia cukup berbeza jika bancian dilakukan oleh akhbar yang condong kepada kepartian masing-masing berbanding di Sinar yang dilihat lebih neutral.

Saya percaya Utusan tidak punya keberanian untuk memaparkan bancian terutamanya berkisar Perhimpunan Aman BERSIH 3 yang bakal berlangsung di Dataran Merdeka 28 April Ini. Walaupun Utusan boleh menipu bancian (sepertimana yang diusahakan oleh SPR?) , tetapi menyebut apa jua berkaitan BERSIH adalah satu jenayah dan mari kita lihat sampai bila bancian di Sinar Online akan bertahan.

Setakat jam 5.35pm, bancian menunjukkan 77% pembaca Sinar Online menyokong BERSIH 3 wajar diadakan. Sila ke laman www.sinarharian.com.my untuk membuang undi dan lakukan sepantas mungkin sebelum bancian ini diharamkan serta merta dek ketakutan melampau.

Setelah ruang yang cukup diberi kepada kerajaan untuk perbetul kepincangan sistem pilihanraya, kesempatan ini tidak dimanfaat oleh kerajaan untuk buktikan mereka berusaha ke arah membersihkan sistem pilihanraya, malah menjadi lebih meragukan dari semasa ke semasa.

Justeru, BERSIH 3 adalah wajar sama sekali apabila kertas kerja PSC diluluskan tanpa perbahasan di Parlimen, dan laporan 'Minority Report' turut tidak diendahkan. Demokrasi dicabul, BERSIH 3 adalah jawapan!! Sumber

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.