Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AIIIK ? UMNO KAN KE DENGAN PERKARA MACAM ABANG ADIK ?

UMNO Mahu Jarakkan Diri Dari Tindakan Biadab PERKASA


UMNO Pulau Pinang tak setuju tindakan PERKASA ganggu Lim, keluarga

GEORGETOWN: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata tindakan anggota Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Pulau Pinang berhimpun di depan kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Khamis lalu adalah sesuatu yang tidak diiktiraf dan tidak dipersetujui oleh UMNO negeri.

UMNO dan PERKASA adalah berbeza kerana UMNO adalah parti politik dan PERKASA adalah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow.

Zainal Abidin berkata berpolitik ada hadnya dan UMNO tidak bersetuju jika keluarga dan kediaman dicerobohi, sambil menyifatkan ia adalah sesuatu yang di luar batas-batas politik yang dipersetujui oleh BN.

Katanya tindakan PERKASA boleh menjejaskan imej UMNO dan mengelirukan rakyat kerana parti itu sering kali dikaitkan dengan kumpulan pendesak berkenaan.

Lebih 70 anggota PERKASA berhimpun secara aman di hadapan kediaman Ketua Menteri dan Komtar pada Khamis lalu bagi mendesak Lim meletak jawatan kerana didakwa gagal menjaga kepentingan rakyat Pulau Pinang. - BERNAMA

DAP gesa polis ambil tindakan terhadap Perkasa Pulau Pinang


GEORGE TOWN - DAP hari ini menggesa polis mengambil tindakan terhadap Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berikutan tindakan anggotanya berhimpun di hadapan kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng semalam.


Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow berkata barisan pemimpin DAP kesal dengan tindakan lebih 70 anggota Perkasa Pulau Pinang yang telah menganggu ketenteraman Ketua Menteri dan anggotanya.


Pada sidang media di sini hari ini, beliau turut meminta polis memberikan penjelasan kerana didakwa tidak mengawal himpunan Perkasa dan hanya mengiringi kumpulan itu ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) tanpa mengambil sebarang tindakan.


Anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi berkata perbuatan anggota Perkasa itu boleh dikenakan tindakan kerana melanggar Kanun Keseksaan.


Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Seri Delima R.S.N. Rayer berkata DAP sedang menimbangkan untuk memfailkan injunksi bagi menghalang Perkasa supaya tidak lagi mengacau kententeraman Ketua Menteri dan anggota keluarganya dan memfailkan saman jika polis tidak mengambil tindakan terhadap anggota Perkasa berkenaan.


Semalam lebih 70 anggota Perkasa berhimpun secara aman di hadapan kediaman Ketua Menteri dan Komtar bagi mendesak Lim meletak jawatan kerana didakwa gagal menjaga kepentingan rakyat negeri ini. - Bernama (11 Mei 2012)

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.