Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ARAB SAUDI PAKAI TIMBANG APA ?

Jamil Khir: Arab Saudi sedang mempertimbangkan kena sekatan kepada jemaah haji, umrah Malaysia

 

ARAB PAKAI NI LAGI KEW !
May 08, 2012


KUALA LUMPUR, 8 Mei — Kerajaan Arab Saudi sedang membuat pertimbangan sama ada untuk mengenakan sekatan atau mengantung jemaah haji dan umrah dari Malaysia ekoran tindakan segelintir rakyat negara ini mengadakan perhimpunan haram Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) berkata perkara itu dinyatakan Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Fahad A. H. Al-Rashid dalam perjumpaan mereka pada Jumaat lepas berhubung perkara itu.

“Saya menjelaskan bahawa kerajaan Malaysia menentang kelakuan ini (perhimpunan di Mekah dan Madinah), apa lagi jika ia dilakukan di luar Negara Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Guru-guru Pendidikan Islam dan Guru Islam di Pusat Islam hari ini.

Jamil Khir berkata perhimpunan haram seperti ini sangat sensitif kepada kerajaan Arab Saudi, ditambah dengan keadaan di Timur Tengah yang baru sahaja dilanda gejolak “kebangkitan Arab”, di mana rakyat dihasut untuk menentang kerajaan-kerajaan mereka.

Beliau berkata sehingga hari ini Arab Saudi tidak pernah mengenakan sebarang hukuman terhadap Malaysia walaupun hukuman sekatan dan mengantung itu pernah dibuat ke atas negara lain.

Jamil Khir berkata kerajaan sangat bimbang jika Arab Saudi mengambil satu tindakan drastik berkaitan dengan kuota dan jumlah visa yang dikeluarkan untuk tahun ini.

Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan sikap segelintir jemaah umrah dan pelajar Malaysia yang membawa politik tanah air ke luar termasuk mencampuradukkan ibadah dengan kepentingan fahaman politik mereka.

Katanya sikap mereka itu telah merosakkan imej negara kerana sebelum ini sikap jemaah Malaysia yang sentiasa mematuhi undang-undang negara itu sering mendapat pujian Raja Arab Saudi, dan sentiasa dijadikan penanda aras di negara itu.

Mengenai buku “Kahwin Campur” yang diterbit dan diedarkan secara percuma oleh Middle Eastern Study Group yang antara lain didakwa menghalalkan perhubungan seksual sejenis, Jamil berkata beliau menyerahkan perkara itu kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Agama Islam akan bekerjasama dengan KDN untuk menguatkuasakan pengharamannya.

Beliau berkata pengharaman buku itu akan dapat menyekat hubungan songsang sesama jenis.
Middle Eastern Study Group adalah sebuah badan di bawah naungan Institut Kajian Dasar (IKD), yang dikaitkan dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. — Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.