Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

POLIS SUDAH HILANG MARUAH ?

Gagal Cari Bukti BERSIH, Polis Tanya Soalan Seks Kepada Mahasiswa


Khalid Ismath ditanya soalan seksual

PETALING JAYA 8 Mei: Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Khalid Ismath memberitahu, beliau ditanya soalan bersifat seksual ketika disiasat polis dalam penahanan selama 26 jam.

“Khalid ditanya mengapa menyertai Bersih dan sama ada dia tahu Bersih menyokong LGBT (homoseksual, lesbian, atau liwat antara dua jantina).

“Dia ditanya berkali-kali sama ada terlibat dalam LGBT,” kata peguam Latheefa Koya yang juga Pegarah Guaman KEADILAN pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

Pada 5 Mei lalu, Khalid diminta membantu siasatan terhadap foto yang menunjukkan seorang lelaki menyerang anggota polis trafik semasa Himpunan Bersih 3.0 berhampiran Dataran Merdeka.

Polis yang menggeledah rumah Khalid untuk mencari baju berjalur yang dipakai seperti lelaki dalam gambar tersebut, gagal menemui sebarang bukti.

Justeru, Khalid dibebaskan selepas polis gagal mendapatkan perintah mahkamah untuk melanjutkan tahanan reman empat hari terhadapnya.


Dalam pada itu, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, Umno BN memperkuda institusi polis untuk menjayakan agenda politik mereka.

“Sangat jelas bahawa Umno BN mempergunakan polis untuk menekan rakyat. Polis dijadikan pengawal keselamatan peribadi mereka,” katanya.

Menyentuh senarai nama peserta yang dipapar di media arus perdana, Surendran menuntut polis menggunakan Kod Prosedur Jenayah 111 untuk merakam kenyataan mereka.

“Polis sahkan mereka mempunyai alamat mereka (peserta perhimpunan) yang dikehendaki. Jadi mengapa polis siarkan gambar mereka dalam akhbar di seluruh negara?

“Polis perlu hentikan taktik menakut-nakutkan orang ramai. Jelas polis dipergunakan atas dorongan politik,” kata Surendran. -KD

Khalid Ismath didakwa ditanya soalan seksual

Siswa Khalid Ismath didakwa telah ditanya soalan-soalan yang bersifat seksual apabila disoal siasat berhubung dakwaan dia telah menendang seorang anggota polis trafik semasa perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April.

Khalid (tengah) telah ditanya soalan-soalan itu ketika ditahan selama 26 jam oleh pihak polis, sebelum seorang majistret menolak permintaan untuk menahan remannya, kata peguamnya Latheefa Koya hari ini.

"Dia telah ditanya mengapa menyertai BERSIH, dan sama ada di tahu BERSIH menyokong LGBT. Dia berkali-kali ditanya sama ada terlibat dalam LGBT dan sama ada dia suka melancap," kata Latheefa dalam satu sidang akhbar.

Khalid ditahan ketika dia secara sukarela pergi ke ibupejabat polis Kuala Lumpur Sabtu lalu untuk membantu siasatan polis berkaitan tuduhan terhadapnya itu.
-mk


0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.