Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAH NYANYUK LA TUU !

 BELA JE LA KAMBING TU BAIK-BAIK

Selasa, 22 Mei 2012

Kenyataan merapu, Rahim Noor lagi baik diam! – Saifuddin

     
          Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menyarankan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Rahim Noor berdiam diri daripada terus mengeluarkan kenyataan merapu.

               Beliau berkata, Rahim tidak berpijak di dunia nyata dengan mengatakan Pakatan Rakyat menggunakan ‘pertumpahan darah’ semasa Bersih 3.0 untuk menawan Putrajaya.

“Kenyataan Rahim paling mengarut dan tak masuk akal. Dalam pilihan raya sebelum ini menyaksikan kita banyak mengalami kekalahan demi kekalahan.


“Apabila kemenangan semakin hampir, timbul dakwaan kononnya Pakatan Rakyat mahu merampas kuasa,” katanya dihubungi Keadilan Daily.

Dalam wawancara dengan akhbar Berita Minggu 20 Mei lalu, Rahim menuduh Pakatan Rakyat menggunakan ‘pertumpahan darah’ semasa Bersih 3.0 kononnya kerana tidak yakin menawan Putrajaya.

Beliau juga menuduh NGO yang terlibat dalam Bersih kini berubah menjadi gerakan massa ‘ala-Marxist’ – berniat membangkit kemarahan rakyat dan mengguling kerajaan.

Sebelum ini, bekas KPN, Tun Hanif Omar turut menuduh golongan pro komunis yang terbabit dalam demonstrasi pada 1970-an ada dalam perhimpunan itu.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, sejarah membuktikan himpunan Bersih yang dianjurkan sejak 2007 tidak pernah berakhir dengan Pakatan Rakyat mengguling kerajaan.

Beliau berkata, setiap kali perhimpunan itu dianjurkan, ia berjalan secara aman tetapi diakhiri dengan provokasi dan keganasan polis.

Beliau turut mengingatkan kepada kedua-dua bekas KPN ini supaya tidak membuat kenyataan yang membangkitkan kemarahan selagi rakyat mempunyai sedikit perasaan hormat kepada mereka berdua.-K/Daily 
 

1 orang berkata:

Anonymous said...

...biarkan sajalah saifudin org tua nyanyok tu, masa kecik tak nak mampus, bila besar menyusahkan oarng..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.