Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JANGAN CAYA SANGAT !

Tuesday, May 22, 2012

UMNO Kelantan gelabah bila Annuar Musa sokong tuntutan royalti..


Berbelit-belit kenyataan dari dua orang pemimpin UMNO Kelantan ni.. hingga mengeluarkan kenyataan bodoh..

Kata Ketua Umno Pasir Mas, Hanafi Mamat, royalti minyak telah diberi oleh kerajaan pusat melalu Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Diberi melalui JPP?

Perlu kita ketahui..  Perjanjian yang dipersetujui dan ditandatangani adalah antara kerajaan Negeri dengan PETRONAS iaitu 5% bayaran royalti kepada negeri. Negeri diwakili oleh kerajaanyang dilantik oleh  rakyat.

Jadi, royalti dari PETRONAS itu sewajarnya dibayar kepada kerajaan negeri bukannya JPP kerana bukan JPP yang menandatangani perjanjian dengan PETRONAS itu..

Bengong macam tu pun masih ada yang sokong dia sebagai Ketua Bahagian..
Annuar Musa sokong tuntutan royalti minyak bersifat peribadi

KOTA BARU: Umno Kelantan mendakwa mana-mana pemimpinnya yang menyokong tuntutan royalti minyak kerajaan negeri pimpinan PAS sebagai tindakan bersifat peribadi.

“Umno tidak campur tangan dengan tindakan kerajaan negeri  kerana berpendapat tuntutan itu tidak mempunyai asas, kata AJK Umno Kota Baru, Che Mansor Adabi Che Hassan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sokongan bekas Pengerusi Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa terhadap tuntutan royalti minyak kerajaan negeri pimpinan PAS.

Sebelum ini tokoh veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah  turut menyuarakan pandangan yang sama.

“Jadi kita anggap sokongan Annuar itu bersifat peribadi sahaja. Tuntutan PAS itu tidak lebih untuk politik parti.

“Supaya rakyat Kelantan tahu, PAS mahu  hasil minyak dinikmati rakyat Kelantan.

“Tetapi bagaimana, Umno hendak sokong kerana asas tuntutan itu tidak kuat. Dibawa ke mahkamah sekalipun, PAS akan kalah,” kata Che Mansor Adabi lagi.
`Royalti sudah dapat’

Manakala Ketua Umno Pasir Mas, Hanafi Mamat pula berkata, royalti minyak telah diberi oleh kerajaan pusat melalu Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Katanya, tahun lalu kerajaan pusat memberi RM24 juta untuk pembiayaan pelajar sekolah dan universiti.

Beliau menegaskan, rakyat Kelantan dari duit rtidak percaya tuntutan royalti minyak oleh kerajaan negeri pimpinan PAS  itu untuk kepentingan rakyat.

“Buat apa tuntut lagi, kerana wangnya telah diperolehi. Kalau PAS tuntut, kita bimbang mereka buat benda lain,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.