Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MAJLIS FATUA DIPERTIKAI ?

MAJLIS FATUA KEBANGSAAN WAJIB BERKECUALI DAN MENELITI DENGAN TELUS PERISTIWA BERSIH 3.0 DAN DAPATKAN MAKLUMAT KEPADA DUA PEHAK DAN YANG PALING PENTING CARI APA PUNCANYA





BERSIH 3.0 telahpun berlalu dengan dicemari berbagai kekotoran oleh berbagai kata nesta para provokasi, anadainya tiada provokasi maka ada kemungkinan ia terus bersih, sebelum itu berlaku BERSIH 1.0 dan 2.0, seingat saya tiada fatua dikekuarkan, jika adapun ia hanya cakap-cakap luar jendela sahaja, tapi kali ini majilis fatua bersuara dengan menghukum HARAM ini bererti dulu HALAL sekarang haram






 

Tiada siapa yang suka buat huruhara tanpa sebab yang mengakibatkan berbagai kemusnahan, kecedraan, kerugian dan sebagainya  akan tetapi apa yang tidak di ingini berlaku  juga, persoalannya ialah mengapa ujud BERSIH sehingga terdorong majlis fatua mengeluarkan fatua ? Adakah sesiapa yang mendorong majlis itu berbuat demikian ?


 

Majlis fatua adalah kumpulan orang bijak pandai tentang hukum hasil muzakarahnya, keputusannya adalah HARAM, Yusuf Qardawi, Dr Asri, Nik Aziz, Hadi Awang dan yang lainnya yang mengatakan BERSIH tidak haram kerana ada sebab dalam agama, mereka juga orang bijak pandai akan tetapi mereka tidak ada kuasa keluarkan fatwa sebab sudah ada majlis fatwa, andainya mereka-mereka ini salah seorang dari ahli majlis maka mereka mungkin menentang


 

Dr Asri salah seorang yang mengatakan himpunan BERSIH itu HALAL dengan suara yang agak tinggi mengatakan "Apa nas tak boleh mengadakan tunjuk perasaan aman ? (kecuali huruhara dan merosakkan harta awam)" dan Dr Asri juga menyentuh tentang PUNCA huruhara pada himpunan BERSIH (provokasi) yang tak sepatutnya berlaku, apabila Dr Asri berkata apa nas maka sepatutnya majlis fatwa keluarkan sekali nas sebagaimana yang Dr Asri kata


 

Memanglah hasil muzakarah itu menghasilkan fatwa yang patut dipatuhi akan tetapi rakyat TIDAK akan patuh selagi mana fatwa itu ada kekaburannya sebagaimana Tuan Guru Nik Aziz kata majlis fatwa melihat sebelah mata sahaja ertinya majlis fatwa kena buka dua belah mata dan barulah membuat keputusan sekalipun ianya pahit untuk golongan tertentu menerimanya

Pahit tidak sebarang tanggung oleh majlis fatua untuk membuat keputusan namun majlis fatua sepatutnya duduk sebagai kumpulan yang benar-benar ikhlas serta berkecuali dan membuka kedua biji mata mereka, mereka sepatutnya mengkaji SEBAB-SEBAB himpunan BERSIH itu diadakan dan melihat juga pada perlembagaan negara yang membolehkan himpunan rakyat yang mahu menunjukkan perasaan yang bersebab  mereka

Nampaknya majlis fatua gagal meneliti dan mengkaji hasil fatua mereka secara adil, juga mereka sepatutnya meninjau pandangan pehak bersih dan kerajaan sebelum mengeluarkan fatua, gagal berbuat demikian bererti fatua mereka hanya menjadi mainan rakyat dan wibawa mereka akan tercalar, sementara rakyat TIDAK akan memperduli terhadap fatua mereka dan rakyat tidak juga akan mempercayai mereka lagi buat masa akan datang

Majlis tidak akan dihormati selagi ada titik-titik hitam pada fatua mereka, mereka juga tidak boleh  dipergunakan oleh mana-mana pehak untuk kepentingan individu dan mana-mana kumpulan bagi meraih keuntungan morak masing-masing, majlis wajib berkecuali kerana mereka adalah milik semua pehak, andainya mereka dikehendaki membuat fatua maka fatua mereka hendaklah bersih dan jelas, bukan berpehak ataupun menutup sebelah mata atau memuaskan sebelah pehak sahaja

Saya yakin majlis fatua ketika mengeluarkan hasi muzakarah dan fatuanya hanya mendengar dan melihat pada bukti-bukti sebelah pehak sahaja, ini tentunya tidak adil dan rakyat tidak akan patuh, ini membuatkan rakyat tidak akan menghormati mereka sampai bila-bilapun kerana ada sebab titik hitam yang tidak diambil kira ketika membuat fatua, jadi rakyat merasa tertekan dan terhina, ini bukan sesuatu yang telus dan berwibawa

Teringat saya disuatu masa dulu ketika mana ada golongan yang tidak berpuas hati dengan parti PAS sehingga ada golongan yang mahukan ianya diharamkan dan saya kurang pasti sama ada majlis ada mengeluarkan fatuanya ataupun tidak sehingga melibatkan majlis raja-raja melayu, akhirnya majlis tidak bersetuju PAS diharamkan sehinggalah kehari ini, namun ketika itu PAS berjuang secara solo, namun pada hari ini PAS bersama didalam komponan dan ia dilihat sebagai pengancam terhadap kuasa melayu, namun PAS tetap disitu

Apabila PAS berada didalam PAKATAN maka PAS dikatakan bersekongkol dengan DAP dan menjadi tunggangan parti tersebut dan ada usha untuk golongan tertentu mahukan fatua daripada majlis tersebut namun sehingga ini majlis tidak berbuat apa-apa ATAU majlis tidak menggunakan inisiatifnya mengeluarkan fatua, kononnya PAS perlu diselamatkan kerana DAP adalah TERSANGAT JAHAT dan majlis tidak pula cuba menyelamatkannya

Berdasarkan apa yang saya fikirkan tentang fatwa yang telah dikeluarkan maka saya menilai secara pribadi sendiri berdasarkan ilmu yang tidak seberapa saya mengsyakki bahawa majlis telah dipergunakan oleh golongan tertentu untuk menaikkan moral politik golongan yang tertentu yang semakin luntur politik mereka ibarat menunggu masa untuk ditalkinkan, ini bererti majlis ketika membuat fatuanya hanya membuka sebelah matanya sahaja sebagaimana yang diucapkan oleh MB Kelantan

Habis Empat Penjuru Alam ...? Hancus, my friends, hancus ...?

Hancus, my friends, hancus ...?
Di sini ..., di situ ..., di sana ... dan di sinun ...
Ulamak seluruh dunia pun tibai ...?

 INILAH AKIBAT FATUA YANG DIKELUARKAN .....



Klik pada imej untuk baca 

"FATWA" oleh Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor? Hari ini (8 Mei), dalam News Straits Times pada halaman 6. 
Beliau melabelkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai sebagai "BAPA KAFIR" adalah melampau, jijik, tidak matang dan fitnah. Sebagai bekas pesara polis, beliau tidak sepatutnya melabelkan MB Kelantan sedemikian rupa walaupun berbeza fahaman politik...

Saya petik dari NST:
Former inspector-general of police Tan Sri Rahim Noor has labelled Pas spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat the "father of kafir (infidels) for misleading Muslims to believe that it is their religious duty to support Bersih 3.o.




3 orang berkata:

kampong lad said...

CARI APA PUNCANYA

benda tu dok ada depan mata depa cuma dikaburi oleh pangkat & harta & 'kepala agong'. ibu segala punca kpd masalah ini ialah kemungkaran yg dilakukan oleh spr. mana fatwa tentang ini. tanpa kemungkaran tersebut, bersih tak akan ujud, tiada juga demonstrasi & juga huruhara. all PAINS (hasil dari penyelewangan) can be permanently removed by eliminating THE ROOT CAUSE (spr).

~PakKaramu~ said...

Ya benar ! apa-apapun masalah sepatutnya carilah puncanya

~PakKaramu~ said...

Ya benar ! apa-apapun masalah sepatutnya carilah puncanya

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.