01 November, 2012
Pegawai Di Pejabat MB Terengganu Di Tahan Reman SPRM?
Berita ini belum dapat disahkan. Semasa makan malam sekejap tadi saya
diberitahu oleh seorang tokoh Umno asal Terengganu beberapa orang
pegawai kerajaan termasuk seorang yang berkhidmat di pejabat MB
Terengganu dan seorang kontrektor dikatakan ditahan reman oleh SPRM
beberapa hari sebelum hari Aidiadha yang lalu.
Menurut tokoh Umno itu penahanan tersebut ada kena mengenai dengan
laporan kemungkinan berlaku rasuah kerana beberapa fail di pejabat
mereka dirampas.
Kejadian ini bagaimana pun masih belum tersebar tetapi mereka yang rapat dengan pejabat MB sudah mengetahuinya.
Tokoh Umno berkenaan berjanji akan memberi maklumat lengkap esok berhubung perkhabaran yang boleh menjejaskan Ahmad Said sebagai MB Terengganu itu. Tunggulah... ~mso

0 orang berkata:
Post a Comment