Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


03 November, 2012

Gambar Rumah Pemimpin Wasatiyyah


KUALA LUMPUR 2 November: Pentadbiran Perdana Menteri (PM) yang gemar berbelanja mewah dan boros tetapi pada masa sama cuba menonjolkan imej berjiwa rakyat menimbulkan persoalan di mana sebenarnya konsep wasatiyyah yang diuar-uarkan beliau.

Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aisyah Shaik Ismail mengulas kos penyelenggaraan kediaman rasmi Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi tempoh 2008 hingga 2011 sebanyak RM12,094,707.06.

“Pembaziran yang dilakukan PM dan TPM sebenarnya boleh dikawal kalau benar Najib ikut amalan wasatiyyah.“Peliknya kenapa dalam isu ini konsep wasatiyyah yang diamal Najib tidak selari. Sebaliknya duit dibazirkan sesuka hati,” kata Aisyah ketika dihubungi.

Perbelanjaan tersebut juga menimbulkan keraguan adakah benar jumlah itu untuk kos penyelenggaraan seperti dilapor atau digunakan untuk tujuan lain.“Laporan tidak menyatakan secara terperinci, jadi penggunaan wang itu tetap diragui kerana membabitkan jumlah wang yang besar.“Kalau betul selenggara, sepatutnya diberikan laporan secara jelas, bukannya beritahu hanya jumlah yang digunakan,” ujarnya.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria di Parlimen memberitahu, kos penyelenggaran kediaman rasmi PM – Sri Perdana bagi tahun 2008 sebanyak RM1,896,616.80, 2009 (RM1,686,616.80), 2010 (RM1,520,514.00) dan 2011 (RM1,873,654.20).


Manakala kos penyelenggaraan kediaman TPM – Sri Satria pula pada 2008 ialah RM1,129,992.00), 2009 (RM1,130,007.26), 2010 (RM1,401,502.00) dan 2011 (RM1,455,804.00).“Kita kesal dengan sikap Najib yang tidak pernah memikirkan kesusahan yang ditanggung rakyat, sanggup berhabis untuk bermewah-mewah sedangkan kebajikan rakyat dinafikan,” kata Aishah.12 Mac lalu, Najib menegaskan kerajaan memperkenalkan konsep wasatiyyah sebagai pemangkin kepada Gagasan 1Malaysia.


Ekoran itu, kerajaan telah mengumumkan penubuhan Institut Wasatiyyah yang akan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri manakala kerusi wasatiyyah diwujudkan di Universiti Malaya yang akan menjadi pemangkin kepada gerakan kesederhanaan di Malaysia. ~kd

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.