Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Pas tak kisah jika AGM Umno mahu serang
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
26 November 2012
Perhimpunan Agung Umno 2012
Perhimpunan Agung Umno 2012
 
SHAH ALAM - Hasrat mahu 'menyerang' Pas pada Perhimpunan Agung Tahun  (AGM) 2012 membuktikan Umno sebenarnya sudah terkesan dengan kewujudan pengaruh parti itu, yang dilihat boleh menjejaskan impian Barisan Nasional (BN) untuk kekal memerintah.

Sehubungan itu, menurut Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar, AGM 2012 minggu ini sudah pasti akan digunakan untuk menyerang parti itu yang baru sahaja selesai mengadakan muktamar tahunan di Kelantan.

"Sepatutnya AGM Umno itu perlu menjadi medan untuk mereka melakukan muhasabah atas kelemahan, kecuaian, kealphaan selama mereka diberikan mandat menerajui kerajaan. Malangnya tidak berlaku.

"Ini menunjukkan mereka begitu terdesak sekarang ini apatah lagi dengan laporan-laporan media yang terbaru seperi yang dikatakan oleh Dr Shamsul Amri bahawa BN hanya 120 kerusi sahaja yang selesa. Maknanya mereka begitu terdesak," katanya ketika dihubungi
Sinar Harian Online.

Malah katanya, "saya percaya orang yang terdesak ini akan buat apa sahaja untuk menghalang daripada keruntuhan kuasa politik mereka."


Najib dalam satu temu bual eksklusif bersama
Bernama dan Utusan Malaysia berkata, anggota Umno seharusnya mendedahkan semasa AGM parti itu yang bermula minggu depan sebagai sebuah parti politik yang berselindung di sebalik imej Islam.

"Pas perlu menggambarkan parti itu sebagai sebuah parti Islam. Tapi sama ada perbuatan itu (doa menghancurkan Umno dan Barisan Nasional, BN) adalah benar-benar menepati prinsip dan syariat Islam atau sebaliknya ia merupakan sebuah parti politik yang berselindung di sebalik imej Islam. Itu yang harus dibincang oleh parti Umno," kata Najib.


Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, serangan ke atas Pas sudah mampu dihadam mereka.


"Pas sudah lali dengan semua tuduhan itu. Kalau nak ikutkan serangan Umno setiap tahun, Pas sudah lama mati," ujar beliau.


Ditanya mengapa Pas yang menjadi sasaran dan bukannya parti komponen Pakaran Rakyat yang lain, Salahuddin menyifatkan parti itu sebagai saingan paling kuat kepada Umno.


"Mereka tahu kita ini abang sulung dalam Pakatan Rakyat. Pas dianggap sebagai saingan paling kuat dalam Umno. Ia lebih kepada takut sebenarnya.


"Apa yang berlaku itu menunjukkan manifestasi daripada perasaan bimbang dan takut terhadap kebangkitan yang Pas berada pada hari ini," kata beliau.


Posting as Pak Karamu (Not you?)
 
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.