Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ADA APA-APA KE ?

Mahathir: Hadi lebih layak jadi PM banding Anwar

22 November 2012
Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih layak menjadi perdana menteri berbanding Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  
"Jika mereka (pembangkang) menang, sudah tentulah beliau (Abdul Hadi) boleh menjadi perdana menteri. Beliau sangat layak, lebih layak daripada Anwar, sebab beliau tidak ada sebarang bebanan sejarah," katanya.
  
Dr Mahathir, yang sebelum itu berucap pada Persidangan Antarabangsa mengenai Kanak-kanak Menjadi Mangsa Peperangan di sini, mengulas mengenai pendirikan perwakilan pada Muktamar Pas ke-58 baru-baru ini yang mahu Abdul Hadi menjadi perdana menteri jika pakatan pembangkang menang dalam pilihan raya umum akan datang.
  
Mengulas mengenai ungkapan 'parti syaitan' yang dibangkitkan oleh Abdul Hadi, Dr Mahathir berkata: "Beliau sendiri bekerjasama dengan syaitan, itu syaitan yang saya tahu, beliau bekerjasama dengan syaitan itulah."
  
Dalam ucapannya pada muktamar Pas minggu lepas, Anggota Parlimen Marang itu mengkritik sebuah 'parti syaitan.'
  
"Parti syaitan yang dikuasai syaitan di dalamnya - syaitan yang orang tahu - tidak mampu menegakkan kebajikan yang bernama adil terhadap semua", kata Abdul Hadi dalam ucapan perasmiannya Jumaat lepas.
  
Pada sidang akhbar kemudian, Abdul Hadi diminta memperjelaskan mengenai parti yang dimaksudkan sebagai 'parti syaitan' itu namun beliau enggan menamakannya.  - Bernama



 

 
Mohd Yusof Muda · Top Commenter · Works at Pesara Kerajaan
Sekejap Karpal layak, sekejap Haji Hadi layak...bukan jujur pun...saja nak sakitkan hati Anwar...
  • Abu Abup · Top Commenter
    Mahadey tengah bimbang, sbb beliau mcm sgt yakin PR nak menang. Tu yang dok merapu mcm org kena sawan. Susah nak tahu mana satu betul dlm kepala otak dia. Otak penipu.
  • Arzermey Metallurgical · Top Commenter
    klu karpal tu sarcastic,klu hadi pandangan peribadi.
  • Abu Abup · Top Commenter
    Arzermey Metallurgical Mungkin betul juga apa yg encik cakap, tp Tun ni mmg anti anwar sbb dia telah menzalimi anwar dulu dan sgt takut kalau anwar jadi PM. Jadi susah juga nak tahu samaada dia mmg betul2 rasa TG Hadi lebih layak atau tak.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.