Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ANTA KENA BUKTIKAN, BUKAN GIMIK POLITIK

Anak Nik Aziz dicadang cabar Muhyiddin di Pagoh
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
15 November 2012
Nik Abduh Nik Abdul Aziz
Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz
KOTA BHARU - Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dicadang bertanding di kawasan Parlimen Pagoh yang kini disandang oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin juga merupakan Timbalan Presiden Umno.


"Sekarang ini bukan sekadar Kelantan, tetapi agenda untuk menuju ke Putrajaya, mana mungkin kita tidak mampu bertanding di mana-mana kerusi dicalonkan kalau sekiranya kita mengatakan kita hendak ke Putrajaya.


"Memandangkan sekarang ini, yang sebaiknya kita letak Timbalan Ketua Pemuda kita, kita calonkan bertanding di Pagoh, di Johor," kata perwakilan dari Kelantan, Ahmad Marzuk Shaary yang disambut dengan laungan takbir para perwakilan. 


Ahmad Marzuk ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda Pas berkata, Pemuda harus menyahut cabaran bertanding di mana-mana kerusi dan bukannya hanya di negeri-negeri yang ada jaminan menang seperti di Kelantan. 


Nik Abduh, anak Menteri Besar Kelantan, yang berada di pentas menganggukkan kepalanya mendengar cadangan itu.


Kerusi Parlimen Pagoh merupakan satu lagi kubu kuat Umno-Barisan Nasional di Johor, yang disandang Muhyiddin sejak 1978. 


Sebelum ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengejutkan negara apabila menyatakan beliau sedia bertanding di kerusi Parlimen Pekan jika diputuskan demikian oleh parti. 


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan Ahli Parlimen Pekan sejak 1976.


Nik Abduh sebelum ini disebut akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke- 13 (PRU13) bersedia sekiranya parti menamakan beliau sebagai calon.


Nik Abduh, yang dipilih sebagai Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat berkata, bapanya mengambil masa 40 tahun untuk mendidik beliau dalam dunia politik khususnya untuk menentang Umno.


“Saya sudah sedia jadi calon sejak 10 tahun dulu, saya juga sedia tunggu 20 tahun lagi untuk dicalonkan, sebelum ini ayah sudah siapkan 40 tahun untuk lawan Umno,” katanya.


Dalam wawancara bersama Sinar Harian sebelum ini, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah membayangkan Nik Abduh dicalonkan dalam PRU13 atas kapasiti sebagai Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat.


Bagaimanapun, Nik Amar berkata, keputusan itu bergantung kepada Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya Pas negeri dan Pas Pusat yang akan menentukan kedudukan akhir senarai calon terbabit.


Antara kerusi dikaitkan dengan Nik Abduh adalah kerusi Parlimen Kubang Kerian setelah penyandangnya yang juga Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub disahkan berpindah ke Johor.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.