Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAP TERIMA ISLAM, DIA TAK TAHU UGAMA ISLAMADA UNDANG-UNDANG


 SANGAT PINCANG TENTANG AGAMA ISLAM DIDALAM NEGARA, DAP HANYA TAHU ISLAM AGAMA PERSEKUTUAN SEBAB ITU DIA TERIMA ISLAM, ANDAINYA AGAMA ISLAM BERDASARKAN AL QURAN DAN HADIS TENTU DAP TAK ADA ALASAN NAK TOLAK HUDUD, SO SIAPA AGAK-AGAK YANG SALAH ATAU LEMAH ?

DAP hanya terima kedudukan agama Islam, bukan hudud


16 November 2012
KOTA BAHARU - Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP Dr Tan Seng Giaw berkata, tidak tahu bagaimana boleh timbul isu hukum hudud dipersetujui pakatan pembangkang, sambil menegaskan DAP hanya menerima kedudukan agama Islam sepertimana termaktub dalam perlembagaan negara.

Beliau berkata persetujuan yang dicapai antara DAP dan Pas berkenaan pelaksanaan hukum hudud sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan nanti, adalah berdasarkan apa yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia. 


"Itu banyak kali disebut Haji Hadi (Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan kita ikut semangat isi kandungan perlembagaan (Malaysia) itu yang disebutkan...saya tak tahu macamana isu lain (hudud) boleh timbul,".


Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas perasmian , Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan di sini, hari ini.


Semalam Ketua Dewan Ulama Pas Datuk Harun Taib berkata pakatan pembangkang secara umumnya bersetuju bahawa hukum hudud akan dilaksanakan sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan pilihan raya umum ke-13.


Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula berkata isu hukum hudud hanya diperbesarkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.


"Menurut ucapan presiden (Abdul Hadi ketika merasmikan muktamar) ia tidak menyatakan begitu (apa-apa yang berkenaan dengan isu hudud). Ia hanya menyebut mengenai negara berkebajikan dan perpaduan," katanya.


Berkata berkata 'negara berkebajikan' tidak boleh dialih bahasa kepada 'welfare state' kerana menurutnya ianya jauh berbeza daripada segi maksudnya.


"Negara berkebajikan Islam ini merangkumi lebih daripada apa yang dikatakan 'welfare state' yang menjurus kepada negara komunis atau negara sosialis. Ianya (negara berkebajikan) lebih berpandukan perpaduan bersama, untuk bawa generasi muda sekarang dan akan datang ke arah yang memberikan kita lebih kemajuan," katanya. - Bernama



  • Abdullah Yew · Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia
    Apa yang Harun Taib cakap tu lebih selari dengan apa yang chua soi lek cakap. Soi Lek cakap "Kalau majoriti nak hudud, kita akur atas proses demokrasi".

    PAS mungkin dah tersilap pilih partner. Kalau kita betul2 nak hudud, mudah sahaja. bersatu lah, tak kisah la duduk parti mana2. Kalau semua ahli parlimen Islam bersatu, hudud boleh on.

    Dalam PAS pun ada yang tak sokong hudud sebab mereka ni bukan nak sangat dengan PAS, sekadar jadi mata2 Anwar je dalam PAS je.

    • Syed Munir · Top Commenter
      Ya...setuju dgn Abdullah Yew.

      Tapi PAS bukan nak hudud sgt pun...dia mementingkan EGO. Nafsu pemimpi2nya masih diperingkat nafsu2 rendah.

    • Konflik Semasa · Top Commenter · Berubah demi masa depan
      abdullah yew malaun tanah ko tu bodoh nk mampos ko fikir la cikit mana mungkin dlm malaysia ni melayu bleh bersatu dn satu gi mana mungkin kalu PAS n UMNO bersatu n setuju hudud hukum hudud terlksana majoriti 2/3 walau PAS n umno bergabung xcukup nk pinda perlembagaan non muslim diperlukan setuju hudud.....

    • Hillmy Sallam · Top Commenter
      Yg mustahak Pas berusaha utk melaksanakan hudud bila berkuasa kelak... berbeza dgn umno yg dah berkuasa jgn kata nak laksanakan tpi usaha kearah laksanakan hudud pon x ada... siap tolak lgi hudud... sendiri pkirlah pas atau umno lgi konsisten laksanakan hudud... dap kata terima agama islam sbg perlembagaan, jdi x jdi mslah kerna Hudud adalah sebahagian dri Islam... yg penting seluruh umat Islam wajib menyokong perlaksanaan hukum hudud...

  • A'an Shaff · Top Commenter
    Kena ketuk lagi kepala PAS dgn Majikannya DAP.....lama2 boleh jadi biul, bangang, tolol kalau kepala selalu kena ketuk.....Pakatan la katakan....emmmm.

    • Fairu Zamir · Top Commenter
      Hahaha..nampak sgt bila bercakap guna kepala lutut. Baru je semalam Harun Taib cakap Pakatan dh bersetuju, arini keluar cerita sebenar penipuan pemimpin PAS. Teringat dialog cerita Bujang Lapok, 'Pap..setepek taik melekat kat muka Harun Taib..' Udah2 ler mempermainkan isu Hudud ni utk raih undi..
    • uqapla (signed in using yahoo)
      apa sebenarnya persetujuan yang dicapai antara DAP dan Pas berkenaan pelaksanaan hukum hudud ? bak mai detailnya..aku pun blur..kan samar2 tuh haram..>

    • Nasir Bakar · Top Commenter · Works at UiTM
      Sama statement macam UMNO yang menolak HUDUD....lagi malang yang bezanya UMNO parti Melayu/Islam. PAS perlu lagi bekerja kuat kerana sudah ramai yang bukan Islam menerima HUDUD sedangkan UMNO sudah 55 tahun perjuang islam tetapi orang islam sendiri menolak HUDUD termasuk pemimpin no1.....!!!!pelik dan ajaib...terutama penyokongnya

  • Cocd Bebas · Top Commenter · Manager at Rubber tapping
    ini lah PAS barang tak keras pon salah UMNO.

    • Alif Ain · Top Commenter · UTM
      Persoalan hukum islam ini berpuncanya UMNO.. kalau UMNO terima dan bentangkan di Parlimen apa masalahnya.
      Bentangkan di Parlimen persoalan hukum islam di bawah Mahkamah Syariah, apabila dijadikan undang-undang apa masalahnya.

  • Incik Mohd Eborg Ghazali · Kuala Lumpur, Malaysia
    alamak..x nak hudud plak...Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib kata dah ada kata sepakat..takkan DAP nye timbalan pengerusi x tahu? rasa rasa Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berbincang ngan sapa ek?

    • Alif Ain · Top Commenter · UTM
      Jelas DAP hanya menerima kedudukan agama Islam sepertimana termaktub dalam perlembagaan negara.
      Apa sahaja yang berkaitan dengan Islam bersumberkan AlQuran.

      Ustaz Harun Taib pun jelas dan DAP pun jelas, yang tak jelas????

  • Nohal Lah · Top Commenter · Jurukur Bahan at JURUBINA AMANAH
    Cacai UMNO tak nak komen ke? Overtime lah skit...berjuang untuk UMPORNO..

    • Nohal Lah · Top Commenter · Jurukur Bahan at JURUBINA AMANAH
      Inilah hasil tarbiyah UMNO, sampai Non Muslim begitu takut sekali dgn hudud melebihi takut kepada jenayah berparang

    • Cocd Bebas · Top Commenter · Manager at Rubber tapping
      cakap bebelit belit macam pakai ilmu tok ca.

    • Nazmim Sv · Top Commenter · Batu Pahat
      "Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP Dr Tan Seng Giaw berkata, tidak tahu bagaimana boleh timbul isu hukum hudud dipersetujui pakatan pembangkang, sambil menegaskan DAP hanya menerima kedudukan agama Islam sepertimana termaktub dalam perlembagaan negara."

      ingat ketua pemuda pas je ke reti kencing org?? ketua dewan ulamak pun handal jugak la.. heheh..

  • Siti Aziah Omar
    yg pnting nak laksna hukum hudud...xpnting soal hududpas/hududumno....tpi msih lgi bengang /bahlol mnusia kat malaysia ini...xnampak puak mana yg brsungguh-sungguh kearah itu..ke.

  • Rosmaiza Daud · Top Commenter
    BAGUS DAP DARI MCA YANG TERANG-TERANG BUKAN SAJA KETUK MALAH LUDAH TERUS KE MUKE UMNO.

  • Nasir Bakar · Top Commenter · Works at UiTM
    Yang pegang kuasa sekarang UMNO.....dan PAS berusaha nak menegak hukumnya. Tak perlu ambil pendapat DAP atau MCA pun cuma sekarang UMNO yang menolak mentah2. Kepada penyokong tegar UMNO jangan jadi pengikut jalan yang salah. Dah 55 tahun orang bodoh kalau belajar jadi cerdik juga. Kalau tak reti tapi penerapan islam bagus lama2 jadi cemerlang juga...INi dah 55 tahun, pemimpin pun tak cerdik hingga bini pun tak boleh terap nilai2 islam...jangan cakaplah sebagai pejuang islam....Orang bukan islam pun confuis....

  • Nasir Bakar · Top Commenter · Works at UiTM
    Sama statement macam UMNO yang menolak HUDUD....lagi malang yang bezanya UMNO parti Melayu/Islam. PAS perlu lagi bekerja kuat kerana sudah ramai yang bukan Islam menerima HUDUD sedangkan UMNO sudah 55 tahun perjuang islam tetapi orang islam sendiri menolak HUDUD termasuk pemimpin no1....pelik dan ajaib...terutama penyokongnya.

  • Jamaluddin Abdullah Din · Top Commenter
    Payah la sikit nk tumbang bn

    • Flat Ns · Top Commenter · Works at Dubai
      Payah ke senang ke, tumbang ke, xtumbang ke bukan persoalan utama. Perjuangan untuk menegakkan hukum Allah harus diutamakan. Bukan kuasa kita untuk berbuat sedemikian tetapi tiada kuasa yg lebih besar selain kuasa Allah. Jika percaya yg itu, Alhamdulillah.

  • Ini Semua Kerja Orang Gila
    apa yg gua faham beliau kata PAS AKAN LAKSANAKAN HUDUD APABILA PAS MAJORITY DALAM PARLIMEN..skrg sembang takguna sebab PAS MAJORITY... bagi dapat MAJORITY 2/3 tu dulu....aduhai SPIN tak mau-mau aihhh...lepas tu pakat hujah macam terra...letih la hangpa nie....target UTAMA skrg JATUHKAN BN...bila BN kalah kita naikan PR dan kita tgk camna kerusi dlm PARLIMEN jika USULKAN UNDANG2 nie adakah dapat 2/3 tanpa sokongan DAP..jika dapat masa tu apa nak kecoh...dia nak tak nak kita buat la sahaja...benda senang dok buat pening pikiaqnya...
  • hassansyed31 (signed in using yahoo)
    DAP MCA dan sbhagian besar PKR tak terima hudud, nape, pasal tak nak amik tahu pasal islam. Karpal dan lawyer bangsa lain tak mahu baca pasal hudud.Seorg yg waras menilai akan gembira dgn hudud. Di barat pun yg menkaji psl islam biasanya masuk islam, psl islam itu indah. Umno pasti akan terima hudud kerana kta org islam, tapi bukat hudud pas. Ianya mesti menyeluruh utk islam dan bukan islam. Kta boleh mulakan dari kes yg kecil kepada akhirnya yg besar. Sbnarnya umno dah lama terima hudud, lihat sje makkamah syariah yg mengendalikan kes2 berkenaan agama islam, bukan kah tu hudud, cuma lum lengkap. kta beransur lah. Kalau pas btul2 ikhlas jgn bersuara pasal hudud diluar, ia akan jd isu pilitik. Dtg dan sentiasa berbincang. Tak perlu duduk dlm parlimen untk berbincang dgn umno, pas memang sentiasa dialu2kan utk duduk semeja.

  • Wak Senggol · Top Commenter · Uitm · 105 subscribers
    persetujuan pakatan bersama telah diputuskan secara demokrasi serta meletakan Islam sebagai agama rasmi serta perlembagaan negara biarlah ust harun taib nak gembar gembur isu hudud buat pemanas sidang yg penting kerja kena strategi lebih teratur dan lebih baik kesepakatannya.

  • Anuar Daud · Top Commenter · UPM Serdang
    Hudud yg disendiwarakan oleh Pas akan berakhir pada hari PRU13. Dengan penganut Islam Pas cerita pasal Hudud. Dengan yg bukan Islam Pas cerita pasal negara kebajikan. Pas juara sendiwara semusim.

  • Ibnu Mohamad · Top Commenter · Nilai
    yaa..PAS dah lama tahu..tapi malaysia ni negara demokrasi..nak x nak DAP kena tunduk dgn demokrasi..kalau majoriti rakyat nak hudud,, DAP boleh ckp apa..PAS pon agree to disagree..

    • Alif Ain · Top Commenter · UTM
      Setuju, terpulang kepada AHli Parlimen kelak yang akan memutuskan apa sahaja undang-undang tertakluk kepada demokrasi berparlimen sbagaimana yang dijunjung oleh DAP. Yang lebih penting itanggungjawa untuk mengangkatnya dilaksanakan. Setuju atau tidak biar demokrasi berpalimen memutuskan.

1 orang berkata:

Anonymous said...

memang lah baik kalu bersatu..masaalahnya pada asalnya tak mahu bersatu, buat ikut suka hati...dah tersempit baru nak cari kawan....sekarang dah tahu sapa DAP sapa MCA dan sapa MIC macamana nak bersatu....dari sudut pandang sat ini......DAP lebih menyerlah walaupun baru bersma PAsdan sudah jelas lagi bersuluh MCA dan MIC dah hampir 55 tahun masihg tidak boleh menerima Islam. Apa yang Umno ajar pun tak tahu......menanbahkan rasuah, menghakis ketuanan melayu, harta terlelong tergadai dan banyak lagi kemusnahan yang UMNO dah lakukan yang tak boleh dibendong kecuali menjatuhkannya sebelum Negatra tergadai. So tak payah dok sibuk baba nak bersatu..kasi jatuh lagi baik..kita dapat pemerintahan yang baru...fresh....tak banyak kerenah.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.