Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

INGAT MENGINGAT ADALAH PENTING, TAPI JANGAN MELENTING


Rabu, 14 November 2012

Hu Pang Chow Bagi Warning Kepada Pimpinan PAS...

Kurang dua hari menjelang muktamar Jumaat ini, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menyarankan supaya mencari jalan untuk meningkatkan sokongan orang Melayu kepada parti itu.

“Kita mesti mencari jalan untuk kembali kepada semangat tahun 1999 di mana orang Melayu secara besar-besaran menyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

“PAS kena fokus kepada orang Melayu tentang semangat 13 tahun lalu itu,” kata Hu Pang Chow, Ketua DHPP.

Hu bagaimanapun, tidak menjelaskan sama ada sokongan orang Melayu terhadap PAS sudah menurun berbanding pada 1999.


Beliau hanya mengingatkan pucuk pimpinan PAS supaya fokus kepada pengundi Melayu.
  Sebalikya  Hu menegaskan sokongan pengundi bukan Melayu kepada PAS serta Pakatan Rakyat sudah berada di kemuncak.

“Respons masyarakat bukan Islam kepada PAS serta Pakatan Rakyat sangat positif dan menyakinkan.

“Sebagai contoh program DHPP di Kota Tinggi pada bulan Oktober lalu, 80 meja ditempah oleh orang Cina dan india serta orang Kadazan.

“Ini tidak pernah berlaku. PAS dan Pakatan Rakyat tidak perlu bimbang dengan dengan mereka,” tambah beliau.

Hu menegaskan kemuncak sokongan orang bukan Islam ialah kepada PAS dan Pakatan Rakyat akan dapat dilihat pada pilihanraya ke 13 ini. 
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.