Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Isnin, 5 November 2012

Kebangkitan Rakyat telah bermula!

Hujan lebat telah turun sejak jam 2 petang tadi, tidak menghalang kehadiran orang ramai ke Seremban Jaya bagi menghadiri Pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat, sejak tengah hari tadi. 

Program yang bermula kira-kira jam 4 petang tadi sejurus hujan mula reda dengan ketibaan hampir 200 buah motor berkuasa tinggi yang berkonvoi dari Stadium Paroi ke tapak program di sini. 
 
Ketibaan mereka turut disambut dengan paluan gendang dan alat musik tradisional dari tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India.

Keadaan padang yang becak tidak sedikitpun menyukarkan orang ramai untuk berada di tengah-tengah padang.
 
Hujan renyai-renyai turun pada petang tadi ketika berlangsung ucapan pembukaan daripada ketiga-tiga ketua pemimpin PAS, PKR dan DAP Negeri Sembilan Darul Khusus.

Sebelum itu beberapa pemimpin serta wakil NGO daripada Gerakan Anti-Lynas, Kemepn Anti-Saman Ekor (KASE), ANAK dan BERSIH turut diberi peluang menyampaikan ucapan berhubungan perjuangan NGO berkaitan demi kesejahteraan Rakyat.
 
Selepas daripada itu, satu majlis ringkas pengisytiharan Memorandum Persefahaman Pakatan Rakyat Negeri Sembilan yang melibatkan ketiga-tiga parti gabungan Pakatan Rakyat telah diadakan.
 
Hujan telah berhenti menjelang ketibaan ketiga-tiga pemimpin utama Pakatan Rakyat, Penasihat DAP YB Lim Kit Siang, Presiden PAS TG Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad telah mendeklamasikan sebuah sajak. Selepas daripada itu Saudara Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS selaku Pengerusi Pengelola Perhimpunan Kebangkitan Rakyat serta ketiga-tiga pemimpin utama Pakatan Rakyat telah menyampaikan ucapan masing-masing.
Dianggarkan seramai lebih 30,000 orang telah membanjiri majlis pelancaran tersebut.
 
Negeri Sembilan telah dipilih sebagai negeri untuk majlis pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat kerana Negeri Sembilan dijangka akan menjadi negeri pertama yang akan diserahkan oleh Rakyat kepada Pakatan Rakyat melalui peti undi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, InsyaAllah.
 
Siri jelajah Himpunan Kebangkitan Rakyat ini akan diadakan di semua negeri dan kemuncaknya akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
 
p/s: Sesiapa yang bercadang hendak membeli kereta baru, harap bersabar. Kita pastikan Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya, kerana Pakatan Rakyat berjanji selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 itu nanti, harga kereta akan dikurangkan dengan pengurangan duti eksais serentak dengan penurunan harga petrol di seluruh negara, InsyaAllah.

INI KALILAH!!

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.