Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Isnin, 5 November 2012

Tiada rampasan tanah rakyat S’wak bila Pakatan ke Putrajaya

KUALA LUMPUR 5 November: Tiada sesiapa yang dapat rampas tanah rakyat Sarawak seperti yang dilakukan pemimpin Umno BN jika Pakatan Rakyat (Pakatan) berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum KEADILAN memberi jaminan itu di depan 5,000 rakyat ketika berucap pada Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Pekan Kabong, Saratok, Sarawak Jumaat lalu.

“Saya tidak mahu rakyat di negeri kaya ini derita dan sengsara. Saya yakin InsyaAllah, kita ada keupayaan untuk berubah. Masyarakat Melayu, Cina, Iban, Kadazan, tidak akan berada di bawah kerana negeri ini boleh beri keupayaan.

“Melihat kepada perkembangan di Sabah dan Sarawak, Datuk (Seri) Najib (Razak) sudah goyang. Tapi kalau rakyat Sarawak berani pilih kita, kita akan tunaikan janji, pemimpin tidak boleh ambil tanah.

“Tok Guru Nik Aziz (Nik Mat) jadi Menteri Besar 23 tahun, balak tak ambil, tanah tak ambil, bolehpun…Tan Sri Khalid Ibrahim, empat tahun Menteri Besar Selangor, satu inci tanah pun haram diambilnya,” kata Anwar memberi harapan baru supaya rakyat yang masih daif di negeri yang kaya hasil bumi itu dapat meneruskan kehidupan lebih selesa.

Ketua Pembangkang berkata, bagi mencapai tujuan itu, Pakatan berpendirian mensasarkan tunjang pentadbiran mengikut lunas agama dan keadilan.

“Bila Pakatan perintah, baik Sabah, Semenanjung dan Sarawak, kita nak negeri ini (hasil) kerajaannya balik kepada rakyat bukan kepada keluarga. Kita elakkan rasuah. Apa tanggungjawab kita kepada muslim? Menyeru kepada kebaikan, kita mesti banteras rasuah, mesti guna kekayaan, membela nasib rakyat, itu seruan.

“Kita mesti banteras rasuah dalam negara, ambil balak untuk anak. (Ini tidak) Amalan ini kita sapu semua untuk anak bini kita,” sinisnya disambut sorakan penyokong.

Sambung beliau, Pakatan akan mengembalikan ekonomi Sarawak kepada rakyat negeri dan martabat mereka juga akan diangkat sebagaimana kaum lain.

“Anak Melayu, anak Kadazan, anak Cina, anak Iban, sudah masanya kita angkat darjat rakyat demi perubahan. InsyaAllah, kita mampu lakukan. Dulu 2008, kita menang di Semenanjung, 51 peratus. Kita kalah di Sabah dan Sarawak, tapi itu dulu…(Sekarang) Kalau kita pergi ke Sabah, di Keningau, Lahad Datu, Pensiangan, sambutannya luar biasa.

“Tadi di Kenowit ribuan orang (hadir). Ada semangat bawa perubahan, jika kita rasa lemah kita akan tewas dan orang sampai bila-bila tidak akan berikan kebebasan kepada kita. Apakah tidak boleh sekali dalam sejarah, kita buat keputusan berani? Apapun kita tawakal kepada Allah kerana Allah akan bersama orang yang berakhlak dan benar,” katanya dipetik Media Rakyat.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.