JPJ akan perluaskan AES
22 November 2012
KOTA BHARU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperluaskan
lokasi pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di seluruh
negara selepas pelaksanaannya fasa pertama yang melibatkan 14 lokasi
daripada 831 kawasan.
Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan berkata, bagi 14 lokasi itu,
pihaknya ingin melihat keberkesanan pemasangan sistem itu dan
mempertingkatkannya dan kemudian barulah lokasi fasa kedua di negeri
lain akan djalankan.
"Kita akan memperluaskan penguatkuasaan termasuk di Kelantan, apa yang
perlu saya katakan, sistem ini adalah untuk mendidik pengguna, " katanya
kepada pemberita di sini hari ini.
0 orang berkata:
Post a Comment