Monday, November 12, 2012
Ha..Haa...Kah...Kaahh..... Oi Ko Orang Tanak Gelak Ke?
Dia ni tah dari mana
Tetiba jer terjah!
Woii... seentero dunia dah tahu
Sape pembela Agama dan sape jual Agama!
Kalau Agama kene caci dan dihina pun dok diam, jangan cakap banyaklah
Nanti dikifarahkan bisu, baru ko tau!
Tetiba jer terjah!
Woii... seentero dunia dah tahu
Sape pembela Agama dan sape jual Agama!
Kalau Agama kene caci dan dihina pun dok diam, jangan cakap banyaklah
Nanti dikifarahkan bisu, baru ko tau!
Isnin November 12, 2012
Pemimpin Gagal Pertahan Islam Wajar Ditolak
KUALA LUMPUR:
Kenyataan mengelirukan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul
Izzah Anwar berhubung kebebasan agama diharap dapat membuka mata rakyat
untuk menolak pemimpin yang gagal mempertahankan kesucian agama Islam.
Ketua Wanita
Umno Johor Datuk Sharifah Azizah Syed Zain berkata kenyataan yang boleh
memesongkan akidah umat Islam itu juga tidak seharusnya dikeluarkan oleh
seorang pemimpin Islam seperti Nurul Izzah kerana dikhuatiri menjadi
ikutan khususnya oleh generasi muda.
Beliau
berpendapat tindakan tegas harus dikenakan terhadap anggota Parlimen
Lembah Pantai itu sebagai pengajaran kerana cuba memesongkan soal agama
demi kepentingan politik dan cita-cita memenangi pilihan raya umum akan
datang.
"Saya tidak
tahulah bagaimana pendirian dia (dalam soal agama), tetapi nampaknya dia
'desperate' (terdesak) sangat hendak menang (pilihan raya) sehingga
sanggup gadai akidah sedangkan dia tahu perkara ini boleh menjadi ikutan
khususnya generasi muda yang taksub dengan beliau.
"Saya harap
perkara ini dapat membuka mata rakyat...pemimpin yang sanggup
menggadaikan maruah dan akidah harus ditolak," katanya kepada Bernama.
Sharifah Azizah
mengulas kenyataan Nurul Izzah sebelum ini bahawa rakyat tidak
seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara itu juga patut
terpakai kepada orang Melayu.
Anggota
Parlimen Lembah Pantai itu di dalam forum "Negara Islam : Versi Mana,
Tanggungjawab Siapa?", di Subang Jaya pada 3 November lepas juga dipetik
sebagai berkata :"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam
beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini
(kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia
sepatutnya diguna pakai secara sama rata".
Menolak andaian
'terlepas cakap' dalam isu itu, Sharifah Azizah yakin Nurul Izzah bukan
cetek pengetahuan agama, tetapi bertindak begitu untuk menunjukkan
beliau bukan terlalu fanatik dalam Islam.
"Beliau bukan
budak umur 10 tahun...saya tak percaya dia tak sengaja (mengeluarkan
kenyataan) tetapi (sebaliknya) terpaksa berperwatakan begini untuk
menunjukkan dia bukan terlalu fanatik pada Islam, menyokong pengamal
seks bebas lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), hak kebebasan
agama..." katanya.
Beliau juga
menyifatkan Nurul Izzah sengaja menegakkan benang yang basah dengan
menyaman media arus perdana dan tidak mengambil tindakan terhadap portal
propembangkang yang menyiarkan kenyataan kontroversinya itu baru-baru
ini.
Pengerusi Biro
Agama Wanita Umno Datin Paduka Mesrah Selamat pula secara peribadi
berpendapat seorang pemimpin Islam yang gagal menjaga kepentingan agama
Islam tidak layak menjadi pemimpin dan harus ditolak rakyat.
Merujuk surah
Al-Kafirun yang isi kandungannya tidak diizinkan orang Islam berkompromi
dalam bentuk mencampuradukkan ajaran agama, Mesrah berkata, pemimpin
Islam yang tidak memahami surah itu perlu ditolak oleh rakyat tanpa
mengira pegangan politik.
"Kita tidak
boleh kompromi, berselindung agenda politik di sebalik agama...tidak
kira di platform mana pun, kita bercakap dengan kelompok mana sekali
pun, soal agama mesti cakap yang betul, kita tidak boleh kompromi,"
katanya.
Katanya kenyataan Nurul Izzah mungkin boleh memberi impak khususnya kepada anak-anak muda Islam.
Pertubuhan-pertubuhan
Pembela Islam (Pembela) pula menyifatkan kenyataan Nurul Izzah sebagai
tidak bertanggungjawab dan biadab, sambil menggesa pihak berwajib
membuat penyiasatan terperinci dan menyeluruh berhubung kenyataan
berkenaan.
Kontroversi itu
jika dibiar berterusan boleh memberi salah tanggapan mengenai Islam
selain membuka ruang kepada pihak lain untuk menghasut orang Islam, kata
Pembela dalam kenyataan media.
"Pembela tidak
akan sekali-kali menerima sebarang petualang (termasuk ahli politik)
untuk menangguk di air keruh, untuk memporak-perandakan ummah demi
memenuhi niat jahat mereka, lebih-lebih lagi mereka yang sedia
bersekongkol membantu merosakkan akidah dan memurtadkan kaum
seagamanya," menurut kenyataan itu.
Ketua Umno
Bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali Alhasbshee tidak menolak kemungkinan
usaha menyebarkan fahaman liberalisme dan pluralisme di negara ini
mendapat sokongan musuh Islam dari luar negara.
Katanya musuh
Islam berkenaan tidak pernah berhenti berusaha menggugah akidah umat
Islam dan memecah-belah perpaduan ummah, katanya sambil menambah kata
golongan berkepentingan politik dalam negara pula mengambil kesempatan.
"Sudah tentu
kenyataan Nurul Izzah berhubung kebebasan beragama menggembirakan hati
musuh Islam. Ia boleh memberi implikasi buruk terutama dalam soal akidah
dan syariat umat Islam," tegasnya.
Sehubungan itu,
beliau mahu pihak berkuasa menangani isu tersebut dengan serius kerana
membabitkan kepentingan dan maruah umat Islam di negara ini.
Katanya,
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Fatwa Kebangsaan perlu
menjalankan siasatan secara terperinci berhubung isu kontroversi itu.
Syed
Ali berkata beliau kesal pemimpin-pemimpin PAS yang dikatakan ulama
nampaknya lebih mementingkan kepentingan politik dalam menangani isu
tersebut.- mStar
0 orang berkata:
Post a Comment