Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KALO NAK BERDO'A KENA AMBIL LESEN DO'A

Sejak Bila Di Atas Dunia Ini Ada Undang-undang Halang Orang Berdoa?


Doa 'KO BN': Umno Kelantan buat laporan polis

KOTA BHARU - Umno Kelantan hari ini membuat dua laporan polis berhubung tindakan Pas membaca doa untuk menghancurkan Umno dan Barisan Nasional (BN) dan tuduhan bahawa Umno sebuah parti murtad.

Mereka meminta polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Pas kerana menyifatkan segala kenyataan itu telah mengguris hati bangsa Melayu dan Islam di negara ini.

Ketua Wanita Umno Pengkalan Chepa, Zarina Md Eusoffe mengetuai kira-kira 30 anggota pergerakan itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Baharu di sini.

Ketika ditemui, Zarina berkata, mereka mahu polis menyiasat perkara itu mengikut peruntukan undang-undang yang ada termasuk Akta Hasutan kerana menyifatkan doa berkenaan boleh menghasut umat Islam bertelagah sesama mereka.

"Hati kami tersentuh. Kami orang Melayu beragama Islam dan tuduhan ini sangat melampau yang menyerlahkan sikap sebenar Pas dan Mursidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," katanya.

Beliau meminta rakyat Kelantan terutamanya menilai siapa sebenarnya pemimpin Pas itu yang ternyata mempunyai politik dendam terhadap Umno kerana sanggup mendoakan kehancuran dan menuduh Umno murtad.

Di IPD yang sama, Majlis Veteran Umno Kelantan turut membuat laporan serupa, diketuai Pengerusi Biro Ulama Majlis Veteran itu, Mohd Noor Deris.

Mohd Noor berkata tuduhan murtad oleh Nik Aziz itu itu disifatkan sebagai melampau dan meminta Sultan Kelantan campur tangan.

"Kami juga memohon perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V agar dapat segera mengubat perkara yang memudaratkan umat Islam di negeri ini," katanya.

Mohd Noor juga meminta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan menyuarakan pandangan mereka menurut nas-nas Islam berhubung perkara itu dan mengajak pemimpin Pas termasuk Nik Aziz bermuzakarah.

Pada Jumaat lepas, Pas mengadakan solat hajat dan berdoa supaya Umno hancur yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV dengan dipimpin adik Menteri Besar, Nik Razi Nik Mat, sempena Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-58.

Pada Ahad, Nik Abdul Aziz mengundang kontroversi apabila mendakwa Umno murtad kerana memperlekeh dan menolak Islam. - Bernama

Ulasan GB

Sejak bila di dalam dunia khuususnya di Malaysia ini wujudnya undang-undang yang menghalang seseorang daripada berdoa?

Apabila laporan polis dibuat kerana ada orang berdoa (tak kira apa pun doanya) maka ia menunjukkan kebebalan UMNO sendiri dan agensi berita yang melaporkannya semata-mata untuk mensensasikan isu berkenaan.

Sebelum ini GB pernah menulis menyatakan bahawa DOA adalah hak individu/kumpulan. Orang berdoa kepada Tuhan untuk apa juga tujuan dan adalah hak Tuhan untuk memakbulkan doa seseorang sepertimana firmannya yang bermaksud:

“Dan tuhanmu berfirman: ‘berdoalah kepadaku nescaya akan kuperkenankan bagimu.’ Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-ku akan dimasukkan ke neraka jahanam dalam keadaan hina.” (Surah Ghafir: 60)

Tiada siapa yang boleh menghalang doa seseorang - apatah lagi jika doa itu doa yang dibaca secara sirr (di dalam hati)

Nak ditangkapkah keseluruhan 40,000 orang ahli PAS yang mengaminkan doa KO BN di Stadium Sultan Muhammad IV itu dan kita mengalu-alukan jika polis bersedia untuk menahan keseluruhan mereka yang berdoa itu.

Cuma yang GB nak tanya, dibawah fasal mana, seksyen berapa - undang-undang di dalam negara ini yang ada memperuntukkan menghalang seseorang daripada berdoa?

Belum pernah ada sebarang kes di dalam mahkamah seluruh dunia sejak dulu sampai sekarang yang melibatkan penghalangan seseorang daripada berdoa.

Kemudian tentang isu murtad. Perlu dinyatakan secara khusus dan teliti bilakah masanya Mursyidul Am PAS, TG Nik Aziz memurtadkan UMNO? TG Nik Aziz hanya menyatakan bahawa mereka yang memperlekehkan Islam boleh menjadi murtad, berdasarkan kitab Mestika Hadith terbitan Jabatan Perdana Menteri.

Yang UMNO terasa sangat perkataan itu ditujukan kepada mereka, kenapa? Sudah termakan ladakah sehingga terasa pedasnya?

Masalah utama kini ialah orang UMNO sendiri tidak memiliki dan tidak membaca kitab Mestika Hadith yang kata-kata aluannya ditandatangani sendiri oleh Perdana Menteri ketika buku itu diterbitkan iaitu Dr. Mahathir Mohammad!

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.