Keluar zon selesa jika mahu menang PRU, kata Zahid
5 November 2012
SHAH ALAM - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
memberi peringatan kepada seluruh ahli Umno-Barisan Nasional (BN) supaya
tidak berada di dalam zon yang terlalu selesa sehingga menyebabkan
parti itu berhadapan dengan risiko kekalahan pada Pilihan Raya Umum
ke-13 (PRU13).
Bercakap dalam satu wawancara bersama Sinar Harian, Ahmad Zahid berkata, cabaran sebenar parti pemerintah itu bukannya datang dari luar sebaliknya ia berpunca dari dalam parti sendiri.
"Cabaran kepada BN, bukannya kekuatan parti pembangkang, tetapi fokus kepada masalah dalaman. Ini kerana budaya selesa dalam kalangan ahli parti masih lagi menebal dan tidak dapat diatasi. Seratus peratus masalah dalaman perlu diselesaikan sebelum PRU.
"Walaupun pemimpin Majlis Tertinggi parti turun ke bawah, kajian kami mendapati isu itu menjadi stigma besar kepada jentera parti Umno," katanya.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, beliau bagaimanapun yakin parti itu mampu mengubati luka lama sewaktu pilihan raya umum 2008 dengan bermaruah kali ini.
"Bagi saya tidak lebih baik daripada keputusan PRU pada 2004 dan tidak lebih buruk daripada keputusan PRU 2008. BN bukan sahaja perlu bekerja keras, tetapi bekerja dengan penuh bijaksana, dengan mengambil hati khalayak," ujar Ahmad Zahid.
"Realitinya, kami sudah bersedia menghadapi PRU," tambah beliau.
Beliau ditanya berhubung peluang Umno-BN meneruskan tampuk pemerintahan selepas PRU13 ini.
Ahmad Zahid turut mengakui Umno-BN terpaksa bekerja keras terutama sekali di kawasan campuran bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.
"Di sesetengah kawasan, pengundi Cina penentu kemenangan, tetapi di kawasan yang majoritinya Melayu, persaingannya adalah Umno dan Pas dan di kawasan majoritinya Cina, adalah antara DAP dan MCA.
"Manakala di kawasan campuran, pengundi Cina menentukan kerusi Dun atau Parlimen. Kawasan campuran kini, dikenal pasti sekitar 40 peratus, selepas persempadanan semula dilakukan sejak 10 tahun lalu," jelas Ahmad Zahid.
Bagaimanapun ujarnya, sokongan yang diterima kerajaan pada hari ini kian meningkat dari semasa ke semasa meskipun diganggu-gugat dengan pelbagai isu oleh pihak pembangkang.
"Di Bagan Datok umpamanya ada 57 peratus pengundi Melayu, 23 peratus pengundi India dan 20 peratus Cina.
"Dulunya, kawasan campuran ini adalah kawasan paling selamat bagi BN, tetapi tidak lagi dalam keadaan sekarang, kerana pengundi bukan Melayu adalah penentu," katanya lagi yang merupakan Ahli Parlimen di kawasan itu.
Justeru ujarnya, dalam memastikan kemenangan terus berpihak kepada Umno-BN, paling penting adalah memastikan masalah pokok iaitu masalah calon dapat diatasi sebaiknya.
"Mengikut kajian, faktor calon 37 peratus penentu kemenangan atau kekalahan di kawasan Dun dan Parlimen. Oleh itu, masalah dalaman Umno adalah faktor calon dan ini yang ditekankan oleh Datuk Seri Najib.
"Calon bukan sahaja berdasarkan hierarki, tetapi keperluan tempat dan semasa. Meskipun PRU semakin hampir dan isu itu tidak dapat selesaikan 100 peratus, kami berpuas hati jika sebahagian besar dapat diselesaikan," katanya.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa khas yang akan bertanggungjawab memantau dan mengambil tindakan ke atas mana-mana ahli parti yang mengkhianati atau mensabotaj parti tersebut.
Menurut Najib, penubuhan jawatankuasa itu mengikut Fasal 10 (15) Perlembagaan Umno yang dianggotai oleh ahli Majlis Tertinggi dan beberapa individu yang tiada kepentingan.
“Tujuan ia ditubuhkan bagi memudahkan tindakan segera diambil bagi mana-mana individu terutama ahli parti yang mengkhianati parti dan calon Barisan Nasional (BN)," katanya.

Warning: http://www.sinarharian.com.my/politik/keluar-zon-selesa-jika-mahu-menang-pru-kata-zahid-1.101069 is unreachable.
- Muhammad Norhafiz Hashim · Top CommenterIsu itu menyebabkan orang bukan Islam terutamanya Cina dan Melayu kini terus membuat perbandingan antara PAS dengan Umno. Lihat barisan ini – Nik Aziz banding dengan Dr Mahathir, Najib dengan Hadi, Muhyiddin dengan Mat Sabu, Mahfuz (Omar), Salahuddin (Ayub), Husam (Musa) dengan Hishamuddin (Hussein), Ahmad Zahid Hamidi, Shafie Apdal dan Tuan Ibrahim dengan Ahmad Maslan – Umno dah tewas 7-0 dari segi integriti, kebolehpercayaan dan amanah – dalam erti kata lain boleh ganti Umno dengan PAS...
http://bm.harakahdaily.net/ index.php/headline/ 14325-tiada-jalan-utusan-te rpaksa-selamatkan-soi-lek Reply · 1 · · 13 minutes ago - Powerr Rangers · Top Commenterkata dr mahathir "Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang.
pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS".
bkan aq ckp. mahtr yang cakap. so are u stll vte BN?
sumber: http://www.sinarharian.com.my/ nasional/ mahathir-lapang-dada-terima -profesional-sertai-umno-1 .35790. Reply · 1 · · 18 minutes ago - Ishak Abdol · Top Commenter · Supervisor at HQ SCDF WO (Retired)Teruskan Legasi Pejuang Pejuang Yang Terdahulu, seperti Dato Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Hj Abdul Razak, Tun Dr. ismail, Tun Dr. Mahathir, Tun Mustapha, Tun Ahmad Badawi, Tun Tan Siew Sin, Tun Sambathan, Tun Donald Stephen dan lain lain perjuang kemerdekaan. Maju Terus Maju Untok Rakyat Malaysia.Reply · 1 · · 4 minutes ago
- Ishak Abdol · Top Commenter · Supervisor at HQ SCDF WO (Retired)Insyallah, Dengan Semangat Perjuang Yang Tulus Ikhlas, Cintakan Negara Serta Berjasa Kepada Rakyat, UMNO/BN Akan Terus Maju.. Merdeka.. Merdeka.. Merdeka..Reply · 1 · · 13 minutes ago
- Pok Nuss · Top Commenter · Kuala Terengganu
- Ishak Abdol · Top Commenter · Supervisor at HQ SCDF WO (Retired)Itu cakap cakap politik aje kata kata Nik AzizReply · · 3 minutes ago
- Ishak Abdol · Top Commenter · Supervisor at HQ SCDF WO (Retired)Bersatu Kita Teguh,
Bercerai Kita Roboh,
UMNO/BN Terus Maju,
Untok Semua Rakyat Malaysia.Reply · 1 · · 10 minutes ago - Azman Alias · Top Commenter · Smc85Untuk pengetahuan Datuk Sri.......mana ada yang masuk umno-BN(pemimpin kecil@besar) tak mahu selesa.....dah jadi motto.Reply · · 9 minutes ago
- Osman Awang · Top Commenter · Kepala batas secondry schoolTak payah nak keluar zon atau kasuk zon memang bunyi pun dah nak lingkup, ahli2 partai amnogok sendiri pun dah benci.Reply · · 6 minutes ago
- Ahmad Hanafiah Mediquip · Top Commenter · Works at Covidien, Mediquip MalaysiaBagan Dato ada harapan menang pakatan..100% masaalah tak dapat diselesaikan.hehehe...dok pakat cari lubang nak kumpul harta..sampai ke penyokong..nak duit..waktu mana lagi..ni masa nya..banyak mana sekali pun duit di hamburkan..kerja tak jalan..maalum la..nak berkerja kuat dan garang..takut pula..kekalahan Umno meyebabkan penyokong akan jadi mantan macam MP Jepun..takut kena tangkap masukkan dalam guni lempaq keLahaq Youei..hehehe..
0 orang berkata:
Post a Comment