Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Kerajaan tubuh jawatankuasa khas kaji isu bayaran hasil petroleum

November 20, 2012
 
PUTRAJAYA, 20 Nov — Kerajaan persekutuan bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini, jawatankuasa khas itu akan dipengerusikan bekas ketua hakim negara Tun Abdul Hamid Mohamad.

Ia akan dianggotai pakar undang-undang antarabangsa dan tempatan; wakil kerajaan negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.

Penubuhan jawatankuasa khas itu bertujuan mengkaji secara menyeluruh isu bayaran tunai dengan mengambil kira semua aspek yang dibangkitkan oleh negeri di pantai timur tersebut.

“Jawatankuasa itu dijangka akan menamatkan tugasnya dalam tempoh enam bulan bermula dari tarikh penubuhannya,” jelas kenyataan itu lagi.

Kerajaan persekutuan juga menerima calon dari Kelantan dan Pahang sementara calon dari Terengganu masih dalam pertimbangan kerajaan negeri berkenaan.

Mengikut laporan media, Kelantan membuat tuntutan RM10.4 bilion hasil petroleum dan gas yang dikeluarkan.

“Memandangkan Kelantan telah bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa tersebut dan telah pun menamakan calon mewakilinya, maka adalah wajar segala isu dan tuntutan dikemukakan kepada jawatankuasa tersebut,” tambah kenyataan itu lagi. — Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.