Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Dendam mungkin punca pergaduhan dua kumpulan di Ampang

November 20, 2012
 
SHAH ALAM, 20 Nov — Polis tidak menolak dendam merupakan punca pergaduhan membabitkan dua kumpulan di sebuah padang bola di Kampung Ampang Campuran, Ampang semalam yang mengakibatkan dua maut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata polis masih menyiasat secara menyeluruh kes yang berlaku kira-kira pukul 6.30 petang itu termasuk mengenal pasti jumlah sebenar mereka yang terlibat.

“Kita menyiasat kes ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan sedang mengenal pasti kumpulan yang terbabit dalam pergaduhan itu,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, dua lelaki maut akibat kecederaan parah di mana seorang  daripadanya yang berumur 25 tahun mati ditempat kejadian manakala seorang lagi berumur 21 tahun disahkan mati sejurus tiba di Hospital Ampang.

Kejadian dilaporkan bermula apabila sekumpulan 10 lelaki yang bersenjatakan parang secara tiba-tiba datang dan menyerang kumpulan lelaki yang sedang melepak selepas bermain bola sepak di padang berkenaan.

Sementara itu, dalam kes berasingan Mohd Adnan berkata polis percaya mayat seorang wanita yang ditemui di sebuah tong sampah di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh tengah hari semalam dipercayai dibunuh.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa berumur awal 30-an itu dipercayai warganegara asing kerana tidak mempunyai kesan suntikan BCG.

Mangsa dipercayai dibunuh di kawasan lain sebelum dicampak ke dalam tong sampah berkenaan.

“Kita percaya mangsa telah mati dalam tempoh antara 24 dan 48 jam sebelum mayatnya ditemui,” katanya. — Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.