Mohamad Hasan
Datuk Seri Mohamad Hasan
SEREMBAN - Doa kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN) yang dibaca Nik Razi Nik Mat merupakan asam garam dalam politik, sekali gus membuka mata rakyat terhadap Pas.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kenyataan itu tidak perlu menjadi sesuatu yang merunsingkan terutama ahli Umno kerana mereka yang membuat tuduhan itu sebenarnya mempunyai hati tidak tenteram.

“Ini perkara lumrah dalam arena politik. Mereka boleh kata apa saja termasuk anggap saya murtad. Namun hakikatnya, ALLAH saja berhak menentukan lafaz syahadah kita diterima atau tidak.

"Sekurang-kurangnya kita tahu sekarang, inilah rupa sebenar mereka selama ini di sebalik serban,” katanya.

Mohamad turut menasihati masyarakat agar tidak terdorong dengan nafsu sehingga tersilap langkah yang boleh bawa padah.