Mekanik minta SPR siasat status daftar undi isteri
21 November 2012
Mariani didapati mengundi di dua tempat berlainan setelah disemak di laman web SPR.
Mariani didapati mengundi di dua tempat berlainan setelah disemak di laman web SPR.
TEMERLOH – Seorang mekanik meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
menyiasat status daftar pemilih isterinya yang didapati mengundi di dua
tempat berlainan iaitu di Temerloh dan Pendang, Kedah.
Mazlan Mohd Yasin, 42, berkata dia keliru dengan apa yang dipaparkan di
laman web SPR kerana isterinya tinggal di sini bersamanya.
Katanya, masalah itu disedari empat bulan lalu semasa membuat semakan daftar pemilih di laman web SPR.
Isterinya Mariani Said, 37, tidak pernah daftar mengundi sebelum ini dan inilah kali pertama dia mendaftar sebagai pemilih.
Menurutnya, perkara itu menimbulkan kekeliruan dan dia mengesyaki ada
dua individu berlainan mempunyai nombor kad pengenalan sama dengan nama
yang juga sama.
“Saya syak ada dua individu bernama Mariani Said memiliki nombor kad
pengenalan sama iaitu isteri saya dan seorang lagi yang tidak diketahui
kerana setahu saya untuk daftar dengan SPR memerlukan kita membawa kad
pengenalan.
“Sekiranya benar berlaku kes kesamaan ini, saya khuatir akan timbul
masalah dalam urusan pinjaman bank dan sebagainya," katanya ketika
ditemui di rumahnya di Kampung Paya Pulai, di sini.
Mazlan berkata, maklumat yang diperoleh daripada laman web SPR individu
berkenaan didaftarkan mengundi di Kampung Penyarom, dalam kawasan Dun
Tokai, Parlimen Pendang, Kedah.
Dia kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Temerloh dan anggota
bertugas menasihatkan agar dia menukar alamat tempat mengundi.
“Tetapi saya pelik, setelah penukaran alamat dibuat masih terdapat dua
tempat mengundi berbeza pada nama yang sama manakala status permohonan
menukar alamat isteri saya pula masih dalam proses," katanya.
Kata Mazlan, dia berharap hasil siasatan SPR itu nanti dapat dimaklumkan kepada dia dan isteri supaya tidak timbul kekeliruan.
Orangsama Ben Laden · Top CommenterPemimpin PR dah bising dan dah buat laporan ke SPR. Itu lah salah satu sebab perhimpunan aman bersih 3.0 diadakan. Kita tidak mahu rakyat asing membuang undi. Sekiranya berlaku didepan aku semasa mengundi nanti, apabila aku lihat ada macam rupa orang2 indon, bangla, myanmar, nepal dan lain2 bangsa selain dari warga malaysia, aku tahulah nak buat apa nanti.
Mohd Nozani Ghazali · Top Commenter · Boss at Uncle zaini katering
Tajuddin Tajima · Top Commenter · Works at Eurocopter Malaysia"Boikot produk Yahudi ni satu langkah yang bodoh. Ekonomi kita jugak yang terjejas nanti. Anak2 muda negara kita yang hilang peluang pekerjaan. Lagipun berkesan ke kat mereka kalau kita yang boikot? Ramai lagi yang still pakai produk mereka, satu dunia" kata manusia yang 'bijak' pandai.
Maka tersebutlah sebuah kisah dimana Nabi Ibrahim dibakar didalam api yang amat besar oleh Raja Namrud. Melihatkan kejahatan Raja Namrud, seekor burung kecil oleh disebabkan rasa sayangnya kepada kekasih Allah Nabi Ibrahim, ia lantas mengambil air dengan menggunakan paruhnya yang kecil dan dititiskan keatas api yang besar itu. Perbuatan burung kecil itu telah ditertawakan oleh burung2 yang lain.
"Usahamu itu hanya sia2, api yang besar itu tak mungkin terpadam dengan setitis air itu", mereka mengejek.
Lalu burung kecil itu membalas, "Aku percaya...See More
Al Jawaie · Top CommenterYA...ALLLOH, YA....ROBBI. KEPADAMU JUALAH HAMBA-HAMBAMU YAG KERDIL INI MEMOHON PERLIDUNGAN DAN PERTOLONGAN...
HANCURKANLAH MEREKA-MEREKA YANG MEMBUAT KERJA JAHAT DALAM PRU 13 AKAN DATANG.
HANCURKAN KESATUAN MEREKA. BERILAH KEMENANGAN KEPADA KAMI YANG INGIN MENEGAKKAN KALIMAHMU, MEMIMPIN KEARAH KEADILAN, KESAKSAMAAN SESAMA INSAN.
AMIN, AMINN, YA ROBBAL ALAMINNNN
Zackry Wak · Top Commenter · UTMItulah hantu hantu belaan umNO..ntah hantu indonesia, bangla, myanmar,vietnam,kemboja kita pun tak tau yang tau hanya umNO dan SPR. YANG PENTING MENANG MENGKHIANAT NEGARA SOAL KEDUA.
Azis Mohammad · Politeknik ungku omarHantu,hantu,hantuuuuuuuuuu........patotlah boleh menang selama 50tahun lebih ,ada pihak tidak jujur kpd rakyat ,ha3 


Zackry Wak · Top Commenter · UTM


0 orang berkata:
Post a Comment