Majlis Fatwa Kebangsaan digesa nyata pendirian isu doa Pas
21 November 2012
GEORGE TOWN - Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) hari ini menggesa
Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan pendirian mengenai tindakan PAS
membaca doa untuk menghancurkan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Presiden KMPP, Rahmad Isahak berkata umat Islam di negara ini masih
menunggu kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan bagi mendapatkan penjelasan
dan fatwa mengenai perbuatan berdoa seumpama itu.
"Dalam isu perhimpunan 'Bersih' telah difatwakan sebagai haram bagi
umat Islam menyertainya, tapi itu adalah isu duniawi. Namun, dalam isu
doa ini adalah isu akhirat yang perlu mendapat fatwa," katanya kepada
pemberita di sini hari ini.
Pada Jumaat lepas, PAS mengadakan solat hajat sempena Muktamar Tahunan
PAS Kali ke-58 di Stadium Sultan Muhammad IV di Kelantan dan adik
Menteri Besar Kelantan Nik Razi Nik Mat ketika memimpin doa dalam solat
hajat itu telah berdoa agar Umno dan BN dihancurkan. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment