Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Nik Aziz: Berhati-hati elak dijerat
ROSMIZA KASIM
24 November 2012
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
KOTA BHARU- Pas lebih berhati-hati dengan pandangan parti lawan berhubung siapa layak menjadi Perdana Menteri ketujuh apabila perkara itu semakin dipertikaikan pelbagai pihak termasuk
antara komponen Pakatan Rakyat (PR) sendiri.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, hal ini adalah bertujuan untuk mengelak parti daripada terjerat dengan cadangan yang boleh membawa kepada kemudaratan.


“Tun Mahathir Mohamad bukanlah orang PR, dia orang Umno, bagaimanapun cadangan musuh kita boleh dengar tetapi tidak semudah-mudahnya boleh percaya. Kadang-kadang cadangan yang diberikan akan menjerat kita, kita juga yang akan teraniaya nanti,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.


Nik Aziz berkata demikian mengulas pandangan Tun Mahathir yang menganggap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih sesuai jadi Perdana Menteri berbanding Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Dalam kenyataan tersebut Tun Mahathir memberitahu, Abdul Hadi lebih layak daripada Anwar disebabkan Ahli Parlimen Marang itu tidak ada sebarang bebanan sejarah.


Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau menghormati pandangan tersebut bagaimanapun, penyelesaian terhadap perebutan jawatan Perdana Menteri itu hanya boleh

diselesaikan di peringkat PR sendiri.

“Isu ini akan diputuskan oleh PR, kita menerimanya sebagai pandangan. Kita dengar kalau yang baik diterima yang mahu menjerat kita buang,” katanya.


Kemelut perebutan kuasa menjadi Perdana Menteri apabila PR memerintah negara berlaku apabila, Penasihat DAP, Lim Kit Siang secara terbuka pada Jumaat lalu sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat di sini, mencadangkan Anwar layak menjadi Perdana Menteri ketujuh.

 
  • Syed Munir · Top Commenter
    Org tua gayut nik azid ni adalah penghasut dan penfitnah No.2 negara. No.1 Nuar Brahim.
  • Zinbad Battle Station · Top Commenter · Smk victoria kl
    terima kasih..kami rakyat malaysia bukan lagi zaman dulu..
    dimana pada masa itu hanya ada media umno..
    kami faham apa yang berlaku...taktik dan permainan kuno umno dah ada dalam otak kami..
    usah khuartir..perubahan ketara pada gulungan muda begitu terselah...terutama kaum cina..
    • Kamal Hassan · Top Commenter · Works at Khairi Consult Sdn Bhd
      mahathir tu kan bapak dajal....jgn layan dia...cakap le nak angkat mukris jd mb kedah..muka tak malu..
    • Hisham Yahya · Top Commenter
      media umno pun kalau ckp tak betul org saman jugak kan. bg aku nik aziz yg perlu berhati-hati sbb dia sedap ingatkan org lain sedangkan ckp-ckp dialah yg buat org Melayu fikir byk kali nak sokong Pas
    • Abdhalim Hasbi · Top Commenter · UKM
      Kamal hassan. Bapak dajal yg awak kata tu yg telah memberikan awak pelajaran dan kehidupan yg sempurna. Sepatutnya dajal dia bunuh dan musnahkan manusia dan membuat keburukan sahaja di dunia ini. Bersyukurlah, Allah telah mengurniai negara kita kemajuan dan keamanan serta kesejahteraan. Statement anda seperti mendoakan dajal muncul di negara kita aje.
  • A'an Shaff · Top Commenter
    Sendiri pasang jerat, sendiri yang terjerat lepas tu terpinga-pinga bodoh tuduh sapa yang pasang jerat ini????....teruk aku kena jerat!!!!....bodoh betul Pendeta Tua Ahli sihir ni.....
    • Razman Rashid · Top Commenter
      ko mengata kat sapa ni? jgn lupa ko pun akan tua.

      Mula2 ingat nak cuba2 saja, tapi bila tengok duit masuk hari2 USD25, rasa syok la pulak. Join je terus dh dpt USD4.
      Daftar FREE dulu disini:
      http://stiforp.asia/wangmasuk
  • Barney Stinson · Top Commenter
    Mahathir baru usik air sket, Lim Kit Siang dah cuak tgk air berkocak, siap tanya "kenapa air berkocak?".. Anwar Ibrahim berkerut dahi tgk air tu, beritahu orang "takpe boleh bincang".. Penat la Nik Aziz hembus balik air tu nak kasi tenang..
  • Ahmad Sidry Hussin · Top Commenter · Founder, CEO at SINAR INSPIRASI NIAGA SENDIRIAN BERHAD · 735 subscribers
    ni sebab Perwakilan Dewan Ulamak Pas, Hairun Nizam punya pasal ni bagi bola tanggung... baso gong.. abis kalut ore lain...
    • Orangsama Ben Laden · Top Commenter
      Aku dari awal lagi tak berkenan dgn apa yg hairun nizam cakapkan. Beliau betul2 membekalkan peluru kpd musuh dan habis semua jadi kacau bilau. Sepatutnya beliau gunakan akal sebelum bercakap. Kita takut akan ada HA kedua dalam parti.
    • Pok Nuss · Top Commenter · Kuala Terengganu
      dio buke gong....hoorr laa...anok... ado jugok raso nok tengok ayoh jadi PM..
    • Muhammad Hafiz · Kuala Lumpur, Malaysia
      hairun nizam mana satu? ex prsiden pmram ko?
  • Jefry Macho · Top Commenter · Texas Tech University
    Erm...kalo nak dibandingkan PAS ngan UMNo ni...PAS memang lar jauh sgt ketinggalannya.. dari segala bidang... agak malang lar nasib PAS kalo dikatakan menjadi parasit dikalangan masyarakat MeLaYU dan ISLAM.. PAS langsung tiada daya usaha untuk menonjolkan sebagai parti yg boleh diterima pakai oleh MelAyU ... tp.apa yg terjadi.'.PAS untuk org PAS' jer...so pemimpin PAS hanya bermimpi di siang hari jer lar nak jadi PM....
    • Maisarah Hussin · Top Commenter
      tunjukan satu contoh najis mughallazoh .....
  • Abdhalim Hasbi · Top Commenter · UKM
    Awat PAS cukup takut akan isu ini? Nampak sangat beliau cukup menjaga hati parti sekutu berbanding hati ahli-ahli dia. Isu ini nampaknya agak berat bila melibatkan JK Dewan Ulamak Pas, satu badan yg mempunyai kuasa dan integriti dalam PAS. Berhati-hari TGNA, kelak apa yg dikejar tak dapat yg dikendong berciciran. Wallahualam
  • Md Sani Md Arif · Top Commenter · Pontian, Johor, Malaysia
    Kesian Nik Aziz ... tak ada pulak yg mencadangkan Nik Aziz jadi PM.
    • Neo Comot · Top Commenter · Grown Pilot at Urgly iron sdn,bhd seremban
      TGNA xheran punnn......pemimpin2 umno/bn je yg gilakan semua tu......org BANGANG mcm kau je yg ada dlm umno skrg......jahanam umno/bn!!!
    • Hisham Yahya · Top Commenter
      aku cadang nik aziz jadi menteri belia dan sukan ganti sabry chik. boleh tgk harimau Malaya main bola pakai jubah , hehe
    • Azroy Roy · Top Commenter · Universiti oxford
      Hisham Yahya komen kau nie gua tgk mcm budak2 jer...x matang nie kau
  • Pok Nuss · Top Commenter · Kuala Terengganu
    Betul kato Tok Guru.....kawe sokong sungguti..
  • Alif Ain · Top Commenter · UTM
    Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bagi orang yang masih ada kewarasan berfikir, adalah seorang pemimpin Islam contoh masa kini. Bagi rakyat Kelantan sungguh beruntung kerana berketuakan seorang pemimpin yang mengganggap kuasa adalah amanah bukannya memperkayakan isteri, anak-anak, adik beradik dan saudara mara.
  • Al Jawaie · Top Commenter
    ALHAMDULILLAH....TERIMA KASIH TGNA ATAS NASIHATAN/INGATAN.
    INSYAALLOH, KAMI TIDAK TERMINUM RACUN YG DICAMPURKAN KEDALAM SUSU OLEH UMNO/BN.
    KAMI MEMOHON ALLOH HANCURKAN PERANCANGAN MEREKA(UMNO/BN)... AMINNNN
  • Ab Wahab Jusoh · Top Commenter · University of Malaya
    Jerat dah dipasang nak tengok sapa yg cepat melatah. Nampaknya LKS melatah dulu. Pas jgn harap sangat kerana tanding banyak tapi mng sikit selalunya. Usaha dapat byk kerusi dulu baru blh berkokok. Jgn ngelamun nak mng tapi usahanya tidak berkesan krna selalunya sgt dogmatik dgn fahaman yg lambat berubah.
  • Wak Sanip · Top Commenter · USM Penang
    Cino kopet LKS sdg gelak trbahak2 tngok gelagat melayu brtelagah dan melatah ssame sndiri... So elok bnget kalo isu yg buang mase ini ditutup sgre sbaliknye mmberi tumpuan kpd hal2 lain yg lbih pnting mnjelang "hari raye" yg tak lame lagi akn Najip umumkan..
  • Muller Bakree · Top Commenter
    mahathir mula kecut perut...dulu dia mengata nik aziz lulusan agama tak layak jd MB.apaa..ingat DR je ke yg boleh jd PM/MB...
  • ~lu sembang nanti wa sengat ! ~
    jerat gapo tuh .. jerat jd mb lai ke tuh .. kehkeh .. tgk la http://bit.ly/QfZco6 :) k
  • Oh Tontang · Top Commenter
    Kemah Tok Guru.. aku sokong PAS SAHAJA. yang lain xberminat !
  • Burn Bakar · Top Commenter · Sek.rendah bukit tuggal,smk.seb takir,lsmkm 1978,
    Ulamak yg banyak sgt mengarut n songsang
  • Md Sabri · Top Commenter · Pengurus Besar at Sabiro Mart
    tok guru adalah makanan dan jentera kepada pemimpin kapir dan pasiq , orang kapir / orang fasiq tak akan tunduk kpd pas kerana mereka hanya mahu memuaskan kemahuan nafsu mereka , orang pas perlu sedar mereka hanya di umpamakan kucing yg hanya boleh memghiburkan hati orang kapir / orang fasiq sahaja , tidak ada peranan penting yg pas boleh lakukan kerana semuanya telah di bolot oleh orang kapir / orang pasiq.
    • Lee Hashim · Top Commenter
      ambo dok kisah Md Sabri,ambo tetap sokong PR muahahaha.. mampuiih la amno bee end PRU13 ni muahahaha
  • MrArjunna Vimax · Top Commenter · Hamba at Miami Ink
    bila org pas cdg TGHH jd PM ramai org pas pertikai..bila DAP,PKR cdg ANWAR sume sokong tkde plak terjeratla apala...bila masa pemimpin wat keputusan tanpa persetujuan akar umbi hancur nanti..
  • Kosong Kosong Kau Ada · SMM
    Cakap ulamak yang rendah IQ dan daya ingatan yang dah tinggal nyawa2 ikan......
  • Ramli B Sukri Rbs · Top Commenter · Shah Alam, Malaysia
    Suatu pandangan yang mampu menjernihkan keadaan.Harap tiada lagi suara2 sumbang yang boleh mengganggu gugat keharmunian terutamanya menjelang PRU 13.
  • Zairul Akmal Mohd Jamil · Top Commenter · PPSP USM
    Kalau pn ada cadangan pm dr pas x semestinya presiden, naib presiden,ketua pemuda pn layak jd pm,',ambk cth ikhwan presiden mesir bknnya presiden ikhwan,,,,jd bnda ni x jd masalah pn
  • Zairul Akmal Mohd Jamil · Top Commenter · PPSP USM
    Tp nmpk layak mcm yb salahuddin,husam,mahfuz,ustnasrudin pemuda,nik abduh,,,,,,mereka ni tlh ditarbiyah allahuakbar
  • Nazmim Sv · Top Commenter · Batu Pahat
    cakap depan cermin..
  • Long Daik · Top Commenter
    YANG SEBETULNYA,MAHATHIR TAK NAK ANWAR DAN HJ.HADI MENJADI PM MALAYSIA..MAHATHIR CUMA NAK LAGAKAN SUPAYA PAKATAN RAKYAT BERPECAH DIATAS ISU SIAPA LAYAK JADI PM KALAU PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH....CARA MAHATHIR CAKAP SAMA MACAM SYAITAN NAK MENGHASUTKAN HAMBA ALLAH.....keguane
  • Firdaus Musa · UiTM Dungun
    YA ALLAH YA TUHANKU KAU BERILAH PENGAJARAN KEPADA PUAK2 PERASUAH,PEROMPAK DUIT RAKYAT DAN JATUHKANLAH MEREKA DLM PILIHANRAYA KE13 NANTI. HANYA KEPADA MU YA ALLAH AK MEMOHON.AMIN
  • Fizoe Nuyue · PEMBANTU PENGURUS STOK at Kemudi Timur Wakaf Siku
    Mahathir bknnya PR...tapi n UMNO.... buat apa dia nk komen...jaga parti dia aje la....
  • Marzuki Mahmud · Top Commenter
    Lu jadi mangsa Syed?. Lu sape? Tak usah buat fitnahle, jaga taitle Syeg ko tu
  • Abdul Hamid Rashid · Top Commenter
    Awas ,syed munir bangla ni adalah ejen yahudi laknatullah
  • Negaraku Tanahku · Top Commenter
    cakap je la pok nik ko yg teringin sangat nak jadi pm sebelum go go go
  • Othman Jamaluddin · Top Commenter · Geologist at Petronas
    Masa zaman Anwar dalam sistem pemerintahan dulu, Bukan hanya kena jerat, nyawa dia pun diancam dihujung tanduk.
  • Neo Comot · Top Commenter · Grown Pilot at Urgly iron sdn,bhd seremban
    ada gak yg xnampak beza antara TGNA dgn najip kan......mmg buta hati org skrg ni....!!!
  • Nur Jaya Medic Sdn Bhd
    hanya untuk kelantan- promosi wheelchair RM250 SHJ.

    (@_@).
  • Hana Fiah · Smk tumpat
    kamu beriman dgn utusan bukan dgn Al-Quran.
  • Abd Ghani Yusof · Top Commenter
    Dah mula menampakkan.....
  • Wak Suloh · Top Commenter
    awas ! jerat dari syai tun yg dikenali
    • Alif Ain · Top Commenter · UTM
      jerat & bisikan "syaitan yg dikenali"
  • Sangku Riang · Top Commenter · Ikm Sungai Petani,Kedah
    alulama warisatul anbiya
    • Syed Munir · Top Commenter
      pemfitnah dan penghasut dianggap waris nabi. Menabur syak wasangka sesama ummah. Ramainya pengikut yg percaya hanya membayangkan betapa ramainya org Islam yg buta, tuli & sesat di negara ini.
  • Zulmax Hg Shah Alam · Fairbanks, Alaska
    Tpm pun Tak SABAR NAK JADI PM?
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.