Panas!! Inilah Selebriti Popular Buat Kutipan Derma Sekitar Pavillion Bantu Rakyat Palestin.. Jom Terjah!!
12:14 AM
No comments
Petang
tadi, lebih daripada 10 orang selebriti popular tanah air telah turun
padang untuk membuat kutipan derma ikhlas membantu rakyat Palestin di
sekitar Pavillion. Turut memeriahkan usaha murni ini ialah Irma Hasmie
dan suaminya.
Irma
Hasmie tampak “glowing” dengan kandungan di dalam perutnya yang sudah
mencecah 3 bulan lebih. Kedua-duanya sangat bersungguh-sungguh dalam
memberi kesedaran terhadap orang ramai tentang isu Palestin. Semoga
dengan usaha ini, akan lebih ramai orang terlibat sama dalam membantu
saudara Islam kita di Gaza.
Sekali
pandang suami Irma Hasmie nampak macam Clark Kent daripada watak komik
Superman. Untunglah Irma dapat suami kacak. Semoga kebahagiaan mereka
berdua ini akan berkekalan sehingga ke syurga. Lagi 23 keping gambar
dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Facebook PelangiBonda.
KUALA LUMPUR: Seramai
20 selebriti terkenal tanah air melakukan kegiatan amal dengan mengutip
derma daripada orang ramai untuk mengumpul dana bagi membantu rakyat
Palestin di Semenanjung Gaza yang teraniaya akibat kekejaman rejim
Zionis.
Naib Pengerusi Usrah
Fitrah dan pelakon, Irma Hasmie berkata, kutipan yang dijalankan sekitar
Bukit Bintang di sini pada Rabu itu mendapat sambutan tidak berbelah
bagi daripada golongan artis.
"Syukur Alhamdulillah ramai rakan artis membantu dalam menjayakan projek yang kami rancang dalam masa singkat.
"Mungkin kita tidak
mampu untuk pergi berjuang di Gaza namun apa yang kami lakukan ini juga
sebahagian daripada perjuangan sebagai tanda sokongan kepada penduduk
Islam yang sedang dizalimi di Palestin,” ujarnya ketika ditemui pihak
media di sini pada Rabu.
Program yang dianjurkan
bersama Badan Aman Palestin itu disertai oleh artis antaranya Siti
Nordiana, Yatt Hamzah, Iqram Dienzly, Salima (AF), Zoey Rahman, Anding
(AF), Ayu Damit dan Roslan Shah.
Kesemua selebriti
tersebut berkumpul di pusat beli belah Pavillion di sini sebelum mereka
berpecah dalam beberapa kumpulan dan bergerak sekitar kawasan Bukit
Bintang dan KLCC bagi melakukan kutipan.
Dalam pada itu, Irma
berkata, pihaknya tidak menyasarkan jumlah tertentu namun akan cuba
mendapatkan sebanyak mungkin wang daripada orang ramai bagi tujuan
tersebut.
Malah kata Irma, pihaknya juga merancang untuk meneruskan kutipan tersebut ke beberapa lokasi tempat awam yang lain selepas ini.
"Kita tidak akan
berputus asa dan usaha ini akan diteruskan di beberapa lokasi lain.
Insya-Allah semua hasil kutipan akan disalurkan kepada saudara Islam
kita di Gaza secepat mungkin," ujarnya.
Sementara itu, salah
seorang anggota Usrah Fitrah, pelakon Yatt Hamzah memberitahu, mereka
juga merancang untuk mengadakan solat hajat perdana dan solat hajat
selepas solat Jumaat di beberapa buah masjid yang akan ditentukan
kemudian.
"Ini adalah usaha kami bersama Badan Aman Palestin dan orang ramai dijemput hadir untuk melakukan solat hajat tersebut.
"Maklumat lanjut
mengenai solat hajat itu akan dikemas kini dari masa ke semasa menerusi
laman web kami dan Aman Palestin," ujarnya.
Dalam perkembangan sama,
Yatt berkata, orang ramai yang ingin menderma boleh berbuat demikian
melalui Bank Islam Malaysia Berhad (No. Akaun: 1202-9010-0478-80) atau
Maybank Malaysia Berhad (5622-6301-0787) atas nama 'Aman Palestin
Berhad'.
Sumbangan juga boleh dibuat melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip PALESTIN 10 (Jika nilai RM10) dan hantar ke 39111.
Sebarang maklumat lanjut boleh melayari www.amanpalestin.net atauwww.usrahfitrah.com.
0 orang berkata:
Post a Comment