Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Nik Aziz digesa tarik balik kenyataan Umno murtad
Wartawan Sinar Harian
22 November 2012
Nik Aziz digesa tarik balik kenyataan Umno murtad
Che Azmi menyerahkan memorandum kepada wakil Maik, Yasman bagi memastikan siasatan dijalankan terhadap Nik Abdul Aziz.
 
KOTA BHARU -  Seramai 10,000 rakyat Kelantan akan dikumpulkan oleh pihak Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) jika Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menarik balik kenyataan Umno parti murtad.

Presidennya, Che Azmi Mohd Ali berkata, Nik Abdul Aziz perlu menarik balik ungkapan itu kerana boleh mengelirukan serta beri kesan negatif kepada perpaduan umat Islam.

“Jika dalam beberapa hari ini Nik Abdul Aziz tidak menarik balik kenyataannya itu, kami akan berkumpul sebagai tanda kecewa dengan sikap pemimpin tersebut,” katanya kepada media di sini, semalam.
 
Isnin lalu, Nik Aziz menafikan laporan media memetik beliau mengatakan 'Umno murtad". Beliau tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang.

Sebelum itu, Che Azmi bersama dengan Setiausaha Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Sharif Mahmood serta 100 ahli mereka menyerahkan memorandum kepada Pegawai Eksekutif Pentadbiran Majlis Agama Islam Kelantan (Maik), Yasman Hashim.


Menurutnya, tindakan Pas berbuat demikian amat bertentangan dengan kehendak atau tuntutan agama Islam pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah di negara ini.


Beliau berkata, pihaknya juga memohon Maik agar menyiasat kes tersebut kerana ia bersabit dengan kesalahan Seksyen 6 dan Seksyen 24 Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1985.


Che Azmi berkata, Seksyen 6 merujuk kepada perkataan tidak sopan, di mana sesiapa yang dengan sengaja mengeluarkan atau menyebar kata-kata yang bertentangan dengan hukum syarak yang mungkin boleh memecahkan keamanan di mana-mana tempat adalah bersalah atas suatu kesalahan.
 
Che Azmi berkata, perkara tersebut harus diambil tindakan segera kerana tidak sewajarnya menjadikan agama sebagai salah satu modal untuk berpolitik.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya juga turut membuat laporan polis berhubung perkara tersebut di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Bharu, di sini selepas menyerahkan memorandum di Maik.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.