Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Pas: Isu doa petanda Umno ketakutan
Wartawan Sinar Harian
22 November 2012
Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man
 
SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan menghangatkan isu doa 'KO Umno-BN' menandakan Umno kini berada dalam keadaan ketakutan.

"Namun oleh kerana Umno semakin rapuh, menyebabkan doa pun ditakuti. "Sepatutnya kalau Umno rasa tak betul (doa itu), mereka doalah pula (yang lain)," kata beliau sambil menambah, "semua kita faham doa tersebut bukanlah untuk menghancur atau melaknat manusia."

Katanya, "doa kepada sabuah parti yang menjadi lawan bagi Pas.' Isu doa yang dibaca oleh oleh Nik Razi Nik Mat, adik kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada Himpunan Kebangktan Rakyat pada Jumaat lalu, kata Tuan Ibrahim, tidak perlu dipertikai oleh mana-mana pihak.

Ini kerana katanya, doa untuk parti lawan kalah dan dimusnahkan adalah perkara normal dalam mana-mana perlawanan.

Bahkan, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang berkata, tiada pihak boleh menyekat seseorang untuk berdoa demikian.

“Apa yang penting, kalau Umno rasa tertekan dengan doa demikian, Umno boleh berdoa agar parti lawannya musnah atau kalah.

"Kita yakin Umno juga melakukan demikian. Adakah sesuatu yang pelik untuk berdoa agar parti lawan musnah dan hancur? Adalah aneh untuk menyatakan ianya salah atau bercanggah dengan Islam,” kata beliau.

Dipetik Harakahdaily, Tuan Ibrahim juga mengingatkan bahawa Umno bukanlah parti Islam dan terdapat pelbagai tindakan parti teras Barisan Nasional itu terang-terang bertentangan dengan peraturan dan ajaran Islam.

“Perdana Menteri dari Umno juga secara terang-terang menolak hukum hudud, memberi lesen kepada perkara yang diharamkan ALLAH, membenarkan amalan riba dalam institusi perbankan serta menambah lesen perjudian yang jelas diharamkan oleh syarak dan pelbagai tindakan zalim lainnya.

"Zalim bukan sahaja membunuh dalam tragedi Memali yang sehingga kini belum diadili. Tetapi sebesar-besar zalim bilamana menolak hukum dan peraturan ALLAH,” tegas beliau.

Jelas beliau, isu doa diperbesarkan oleh Umno kerana  Muktamar Pas berjaya memberi impak politik besar apabila ucapan dasar presiden diterima oleh orang ramai dan deklarasi harta oleh Ketua Pemuda Pas berjaya menaikkan imej parti di mata rakyat.

“Isu yang hangat dimainkan media adalah sesuatu yang bukan dasar parti. Ucapan perwakilan, doa oleh seorang imam, dan pertikaian jawatan PM kesemuanya bukanlah dasar parti,” terang beliau.

Adalah pelik, kata Tuan Ibrahim, seandainya sesebuah parti meminta parti lawan menjadi kuat dan gagah, sedangkan Pas telah dizalimi sebegitu lama terutamanya di Kelantan.

“Orang yang bermain bola pun mendoakan pasukan lawannya lemah, dan kalah inikan pula parti politik yang sentiasa berlawan sejak lebih 50 tahun,” sindirnya.

Tuan Ibrahim juga berkata, Pas menyeru seluruh ahli melakukan solat hajat, munajat dan mendoakan kemenangan parti dan Umno berjaya dikalahkan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di samping doakan untuk saudara Islam di Palestin, Gaza, Myanmar

Posting as Pak Karamu (Not you?)

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.