Rabu, 7 November 2012
KERANA INI IKITA WAJIB KE JALAN RAYA
BERJANJI DENGAN SYAITAN
(Dalam babak akhir filem Rosemary’s Baby
kita melihat Mia Farrow seorang ibu telah anak syaitan. Sang Suami
telah memberikan isterinya untuk diperkosa oleh satu kumpulan
penyembah syaitan. Sang Ibu cuba mendapatkan bantuan dari polis, dari
tuan doktor, dari jiran tetangga. Semuanya gagal kerana mereka ini
semuanya adalah penyembah syaitan.)
Minggu lalu saya telah menulis tentang
siapa musuh yang dilawan dan cuba dikalahkan oleh penyokong Pakatan
Rakyat dan oleh pemimpin Pakatan Rakyat dalam PRU13 yang akan datang.
Untuk saya amat jelas, musuh mereka bukan Barisan Nasional. Bukan
parti United Malays National Organisation. Bukan Najib, Muhyiddin, Soi
Lek atau Taib Mahmud. Musuh mereka ialah satu sistem pemilihan yang
telah diwujudkan khusus untuk menipu Pakatan Rakyat.
Sistem pengundian yang diwujudkan oleh
Suruhnjaya Pilihan Raya ini telah dirancang dan dibentuk dengan tujuan
memustahilkan parti mana pun dari berjaya mengalahkan United Malays
National Organisation. Ini bukan padang berat sebelah. Ini bukan
pengadil tumbuk rusuk. Apa yang sedang dirancang lebih licik dari semua
ini.
Mari kita kaji dan lihat kawasan Lembah
Pantai. Dalam PRU12 Shahrizat Jalil, menteri kabinet Andullah Badawi
telah dikalahkan oleh Nurul Izzah dengan kemenangan majoriti 2895 undi.
Ini satu kemenangan hebat untuk pendatang baru saperti Nurul Izzah.
Hari ini Shahrizat Jalil bukan sahaja telah terpinggir malah sedang
disingkirkan oleh Raja Nong Cik yang mahukan kerusi Lembah Pantai.
Lembah Pantai telah dipilih oleh Raja
Nong Cik kerana semuanya telah disusun dan dirancang dengan baik oleh
SPR dengan kerjasama Jabatan Pendaftran Negara (JPN) dan PDRM. Dalam
perancangan ini secara tetiba 13,486 pengundi baru telah mendaftar di
Lembah Pantai.
Ini seolah-olah 21 tahun dahulu 13,486
pasangan warga kampong Kerinchi, Pantai Dalam dan Abdullah Hukum telah
bersegema pada malam dan hari yang sama. Hasilnya 21 tahun kemudian –
anak-anak ini semuanya telah mendaftar untuk menjadi pengundi di PRU13
ini. Apakah ini betul?
Jawabnya tidak. Kemasukan pengundi baru
ini ialah perancangan SPR yang licik. Pengundi-pengundi Melayu dari
Bukit Bintang , Seputeh - kawasan yang mustahil untuk dimenangi oleh
United Malays National Organisation telah diloroh masuk ke Lembah
Pantai. Ini satu kerja lojistik yang berat justeru memerlukan kerjasama
rapat dengan JPN.
Tidak
cukup dengan ini - di Lembah Pantai ada 2000 pengundi pos. Pada tahun
2008 dahulu hanya ada 148 sahaja. Hantu manakah yang menjadi pengundi
pos ini? Mereka ini ialah pegawai polis. Apakah Lembah Pantai ini
kawasan jenayah? Tidak. Bangsar yang ‘ chic’ dan ‘trendy’ termasuk ke
parlimen Lembah Pantai. Justeru, dari mana 2000 ekor Mat Kampau ini
datang?
Jangan terperanjat. Jangan
mengeleng-geleng kepala apabila saya nyatakan bahawa Rumah Pasong di
Bukit Jalil yang 15 batu dari Lembah Pantai ini juga dikira sebagai
pengundi pos untuk Lembah Pantai. Bunyinya lawak tetapi inilah hakikat
perancangan penipuan di Lembah Pantai.
Justeru, pembaca jangan terperanjat
apabila saya nyatakan: 15,000 lebih pengundi baru ini akan
mengalahkan Nurul Izzah. Ini bukan kerana si Nurul ini tidak
berkemampuan. Atau dibenci oleh warga Lembah Pantai. Tidak. Nurul Izzah
adalah seorang YB yang amat-amat popular dan disayangi oleh penduduk
Lembah Pantai. Di Parlimen Nurul mengajukan pelbagai soalan dan dilihat
bergerak cergas sebagai wakil rakyat.
Tetapi, Nurul Izzah akan dikalahkan
kerana sistem pengundian yang diwujudkan khusus untuk menipu dan
memenangkan calon United Malays National Organisation.
Jika kurang yakin dengan apa yang saya
labonkan tentang Lembah Pantai maka biar saya surahkan pula kawasan YB
Sivarasa dari Subang. Kawasan ini lagi pelik bin takjub. Telah ada
penambahan 30,000 pengundi baru. Ini bererti 30,000 warga Subang dengan
penuh takzim telah berikrar untuk mengambil bahagian dalam pesta
demokrasi. Jadi apa yang dihairankan?
Yang
menjadi takjub bin hairan ini ialah disebelah kawasan Subang ialah
kawasan Petaling Jaya Utara dimana warganya tidak ramai yang mendaftar
untuk menjadi pengundi. Di PJ Utara hanya ada 5,000 penambahan
pengundi baru berbanding dengan 30,000 kawasan disebelahnya. Apakah
warga di PJ Utara manai, malas dan sembab? Jawanya tidak. Pendaftaran
pengundi baru di Subang ini jelas untuk menipu. Rancangan jahat ini
akan mengorban bukan sahaja Sivarasa malah Dr. Nasir dan Elizebeth Wong
juga akan terkorban sama.
Kemudian mari kita beralih ke kawasan YB
Charles Santiago di Klang. Mengikut laporan YB Charles kepada Bersih
2.0, dikawasan ini tetiba terdapat 5,000 pengundi hilang entah kemana?
Pelik bin Melik kemana perginya 5,000 pengundi ini. Apakah mereka telah
disambar Geruda atau diculik oleh UFO?
Jawabnya tidak. Nama-nama ini sengaja
dihilangkan untuk memastikan Rodiah Ismail dari N41 Batu Tiga dan Dr.
Rani dari N42 Meru akan bungkus. Mereka berdua ini adalah Adun dalam
kawasan Parlimen Charles Santiago.
Disini sekali lagi saya katakan bahawa
kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan jatuh. Ini bukan kerana kerajaan
Pakatan tidak popular. Atau kerajaan Pakatan Rakyat ini mengamalkan
rasuah. Sama saperti Nurul Izzah di Lembah Pantai – kekalahan ini
disebabkan sistem penipuan yangh diwujudkan oleh SPR. Khalas.
Saya ingin mencerah dan mengigatkan
kembali para pembaca tentang 8 Tuntuan Bersih. Hingga ke hari ini hanya
–pengunaan dakwat kekal – yang dikatakan akan digunakan. Pengunaan
dakwat ini pun dirancang penuh dengan tipu muslihat untuk memastikan
kertas undi akan kotor. Untuk memastikan banyak undi rosak. Semua
disusun untuk memastikan Pakatan Rakyat akan kalah.
Minggu lalu orang ramai diberitahu oleh
SPR bahawa akan diwujudkan – kerjaaan sementara – sesudah Parlimen
dibubarkan. Ini langkah yang baik. Tetapi bukan ini yang dituntut oleh
Bersih. Kenyataan SPR ini jelas untuk mendodoikan dan mengalih
pandangan orang ramai. Kelentong baru ini dibuat untuk menutup sistem
penipuan yang telah dipasang.
Kenyataan dibuat untuk melalaikan orang
ramai dari 8 Tuntutan yang belum dilunaskan. Ini bukan sandiwara. Ini
juga bukan lawak seram. Ini terang-terang buat kerja tipu.
Muhyiddin
Yassin telah juga membuat kenyataan mengatakan bahawa semua Tuntutan
Bersih telah ditunaikan. Muhyiddin ini sebenarnya terberak dimulut dan
bercakap di buntut. Muhyiddin berbohong. Muhyiddin sengaja terberak di
padang sebagai usaha membantu SPR.
Kemudian
berkali-kali Najib dan Muhyiddin berkata : kalau pilihanraya ini tipu
macam mana di PRU12 - Pakatan Rakyat boleh menang lima negeri. Nampak
sangat Najib dan Muhyiddin masih lagi terberak di mulut. Hujah
terberak di padang ini dijaja ke hulu ke hilir sebagai bukti bahawa SPR
dan pilihanraya di Malaysia ini bersih dan telus.
Jawabnya cukup senang – dalam PRU12
dahulu – jika tidak ada penipuan maka Pakatan Rakyat akan mendapat
kemenngan mutlak. Pakatan akan menubuhkan kerajaan baru. Ini hakikat.
Ini diketahui orang ramai.
Justeru, sesudah melihat keputusan PRU
12 dahulu, United Malayas National Organisation telah mengarahkan dua
orang ahlinya yang menjadi Kepala SPR untuk menutup semua lubang yang
mungkin memenangkan Pakatan Rakyat. Undang-undang Kecil Pilihanraya
telah diubah, peraturan baru telah diwuujudkan. Bukan untuk menambah
baik pilihan raya tetapi untuk memustahilkan Pakatan Rakyat dari
meccapai kemenangan.
Peraturan baru ini termasuklah melarang
logo parti yang tidak bertanding dalam kawasan itu dipasang. Menjauhkan
lagi bilik panas dari tempat mengundi. Kalau dulu jaraknya hanya
beberapa 50 meter kali ini 100 meter. Ini untuk memastikan pekerja parti
Pakatan Rakyat tidak akan dapat melihat Mat Bangsa, Mat Indon atau
Mat Burma masuk menyeludup mengundi.
Dalam
barong mengundi wakil parti didudukan bukan untuk melihat muka dan
meneliti kad pengenalan si Pengundi. Kerusi dan meja mereka disusun
untuk memastikan mereka hanya nampak punggung dan belakang pengundi.
Sekali lagi peraturan baru ini bertujuan untuk memastikan Mat Bangla,
Mat Indon atau Mat Burma tidak dapat dilihat muka mereka.
Pasti para pembaca akan menjadi hairan
dan bertanya : kenapa tidak buat laporan polis. Kenapa tidak ambil
tindakan undang-undang?
Untuk menjawabnya saya bawa kembali
kepada filem Rosemary’s Baby. Si Ibu yang telah melahirkan anak
syaitan telah pergi ke rumah pasong untuk membuat laporan polis.
Sayangnya Tok Sarjan dalam balai pun adalah penyembah shaitan. Si Ibu
telah menalipon OCPD. Rupa-rupanya Tuan OCPD juga penyembah Syaitan.
Lalu si Ibu lari mencari Tuan Doktor. Si Tuan Doktor ini juga dari
kumpulan penyembah syaitan.
Pada ketika ini kedudukan Pakatan Rakyat
sedang di kelilingi oleh kumpulan Penyembah Syaitan. Justeru membuat
laporan polis tentang pengundi hantu tak ada guna kerana PDRM juga
dibawah telunjuk syaitan. Pergi ke mahkamah untuk melaporkan pendatang
haram ada kad pengenalan biru juga tidak ada guna kerana mahkamah juga
milik syaitan. Cuba mendapatkan data dari JPN untuk membandingkan
senarai pengundi adalah kerja sia-sia. JPN juga adalah anak syarikat
syaitan.
Kepala syaitan ini saperti kata Mahathir
Muhamad ialah United Malays National Organisation sendiri. Ini syaitan
yang kita kenali. Kalau semuanya dimiliki syaitan dimana masa depan
Pakatan Rakyat. Ada akan dijawab minggu hadapan. (TT)
0 orang berkata:
Post a Comment