Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RUPANYA BANYAK WANG TELAH DIGELAPKAN ?


Tuesday, November 13, 2012

Dua bekas PM, Abdullah Badawi dan Mahathir Mohamed ditahan


Abdullah Badawi dan Mahathir Mohamed ditahan di penjara Sungai Buloh
Kuala Lumpur - Bekas perdana menteri terakhir rejim zalim Umno BN, Mohd Najib Razak dibicarakan dalam satu perbicaraan di sebuah mahkamah jenayah di Putrajaya semalam. Selain Mohd Najib, dua orang bekas perdana menteri, 42 orang bekas menteri besar dan ketua menteri serta 416 bekas menteri dan timbalan menteri yang kesemuanya didakwa melakukan penyelewengan, rasuah, salahgunakan kuasa dan pelbagai jenayah lain semasa rejim Umno BN memerintah negara selama 55 tahun.
Pakatan Rakyat yang telah memenangi majoriti 2/3 dalam pilihanraya umum ke-13 sedang berusaha mengambil semula berjuta billion RM harta rakyat Malaysia yang dicuri, dirompak dan dirampas olih pemimpin Umno BN sepanjang 55 tahun pemerintahan rejim tersebut.
Setelah 3 bulan rejim Umno BN ditumbangkan dan Pakatan Rakyat mentadbir negara, rakyat mula merasa nikmatnya apabila kesemua tol di lebuhraya telah dihapuskan. Kerajaan baru Pakatan Rakyat juga telah mengumumkan pendidikan percuma dari peringkat tadika sehingga peringkat ijazah sarjana.
Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Dalam Negeri, Haji Mohamad Sabu dilaporkan sebagai berkata, sebaik pendakwaan terhadap Mohd Najib Razak selesai, beliau akan di ektradisikan ke Mongolia untuk menghadapi tuduhan bersubahat membunuh. Sementara itu dua bekas perdana menteri, Abdullah Badawi dan Mahathir Mohamed ditahan di penjara Sungai Buloh kerna kesalahan percubaan melarikan diri ke luar negara melalui laluan laut di Pengerang, Johor. 
Buat masa sekarang tajuk dan berita di atas adalah rekaan semata-mata, selepas pilihanraya umum ke-13 mungkin menjadi kenyataan.... ahakzzz ahakzzz ahakzzz
Bekas PM Libya mula dibicarakan
Libya, Muammar Gaddafi, Al-Baghdadi al-Mahmudi
AL-BAGHDADI duduk di dalam kurungan di sebuah penjara di Tripoli semalam.
TRIPOLI - Bekas perdana menteri terakhir rejim pemerintah Libya, Muammar Gaddafi, Al-Baghdadi al-Mahmudi dibicarakan dalam satu perbicaraan di sebuah mahkamah jenayah semalam.
Sebaliknya jurucakap Peguam Negara Libya, Taha Baara menyatakan Al-Baghdadi dituduh terlibat dalam aktiviti yang mengancam keselamatan negara dan jenayah kewangan.
Perbicaraan itu hanya berlangsung selama sepuluh minit, sebelum perbicaraan disambung semula pada 10 Disember depan.
Al-Baghdadi melarikan diri ke Tunisia pada September tahun lalu selepas kumpulan pemberontak menguasai Tripoli sekali gus menamatkan pemerintahan kuku besi Gaddafi yang terbunuh pada 20 Oktober 2011.
Selain perdana menteri, beliau pernah memegang jawatan menteri kesihatan, menteri sumber manusia dan menteri infrastruktur. - Agensi

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.