Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Saifuddin: PR belum ada ketetapan Hadi tanding di Pekan
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
3 November 2012
 Datuk Saifuddin Nasution Ismail
Datuk Saifuddin Nasution Ismail
 
SHAH ALAM - PKR, salah satu komponen Pakatan Rakyat (PR) belum membuat sebarang pendirian berhubung hasrat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bertanding di kerusi Parlimen yang disandang Perdana Menteri di Pekan, Pahang.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, setakat ini hasrat Hadi masih belum dibincangkan di peringkat pusat.  “Pengumuman harus dibuat oleh Pas untuk mengesahkan hal ini.

“Kita tidak bincang lagi di peringkat pusat jadi masih tidak ada ketetapan parti dalam hal ini,” ujar beliau. 

Semalam, Hadi membuat kejutan apabila mengumumkan beliau sedia bertanding di kerusi Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Saya ikut keputusan parti, serah kepada parti. Parti akan membuat keputusan termasuk jika parti menyuruh saya bertanding di Parlimen Pekan,” katanya pada Majlis Pelancaran Dana PRU13 Dewan Muslimat Pas Negeri Terengganu semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah beliau akan kekal sebagai calon Marang atau mempunyai perancangan untuk bertanding di luar Terengganu pada PRU nanti.

Beliau bagaimanapun berkata, kedudukan calon yang bertanding di mana-mana kerusi tertakluk sepenuhnya kepada keputusan parti.

Hadi sebelum ini dilaporkan berkata berkemungkinan besar bertanding di kerusi Parlimen Marang pada PRU13 selepas hasrat beliau untuk tidak bertanding ditolak Pas.

Beliau memberi alasan bahawa pencalonan beliau di Parlimen kelak memudahkannya untuk bergerak di peringkat pusat, lebih-lebih lagi untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai presiden parti.

“Seboleh-bolehnya satu (kerusi) sahaja. Itu yang saya minta. Terpulang kepada partilah (untuk menentukan sama ada Parlimen atau Dun) tetapi saya lebih mudah di Parlimen untuk bergerak di peringkat pusat,” katanya awal Februari lalu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.