Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Saman AES: Bayar di mahkamah, bukan dengan polis, kata Pemuda PAS

Oleh Nomy Nozwir

November 21, 2012
 
KUALA LUMPUR, 21 Nov — Pemuda PAS menyeru orang ramai supaya membayar saman yang dikenakan oleh Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di mahkamah dan bukan kepada polis, kata pengarah undang-undang dan hak asasi manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS, Ahmad Zamri Asaad Khuzaimi.

Menurut Ahmad Zamri, apabila membayar saman di mahkamah, wang tersebut akan dimasukkan ke kumpulan wang yang disatukan dan seterusnya akan disalurkan kepada dana kerajaan, bukannya disalurkan kepada syarikat swasta.

“Saya melihat agak aneh bila undang-undang dikuatkuasakan oleh syarikat swasta. “Apabila syarikat swasta menguatkuasakan undang-undang, secara tak langsung mereka mahu membuat untung atas angin ke atas rakyat,” kata Ahmad Zamri hari ini selepas membuka kaunter penerangan dan bantuan mengenai saman AES di ibu pejabat PAS hari ini.

Kaunter tersebut dikelolakan oleh Juham Dewan Pemuda PAS dan badan bukan kerajaan (NGO) Kempen Anti Saman Ekor (Kase).

Sementara itu, ahli jawatankuasa unit Parlimen, Penyelidikan dan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS, Dr Zulqarnain Lukman berkata, sejak pengenalan AES, 65,000 saman telah dikeluarkan.
“Dari hujung September ke November ini sudah 65,000 saman dikeluarkan.

“Bayangkan setiap 65,000 saman ini, setiap RM16 akan diberikan kepada syarikat swasta ini,” kata Zulqarnain lagi.

Dalam perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010, kementerian pengangkutan berkata urusan itu akan dikendalikan oleh Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd dan bukan dikendalikan oleh Jabatan Pengangkutan Awam (JPJ) atau polis.

Kedua syarikat tersebut didakwa oleh pihak pembangkang sebagai syarikat kroni yang mempunyai kaitan dengan Umno dan MCA.

Bagaimanapun timbalan menteri pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha menafikan dakwaan tersebut dan berkata proses pemilihan tender untuk AES dijalankan secara telus.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.