SAYA HADIRI JEMPUTAN GLOBAL IKHWAN BUKAN AL ARQAM
hli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Badrulamin Bahron yang turut
ditahan dalam serbuan terhadap konsert didakwa cubaan menghidupkan
kembali ajaran sesat Al-Arqam hari ini menegaskan hanya hadir sebagai
tetamu jemputan syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd, dan bukannya Al-Arqam.
Dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider, Badrulamin menjelaskan, keluarganya merupakan pelanggan Global Ikhwan dan pihaknya menerima jemputan untuk menghadiri majlis tersebut secara umum, dan bukannya atas jemputan khusus.
“Jemputan hanya bersifat umum dan tiada jemputan khusus untuk saya ... saya datang bersama isteri dan anak-anak untuk makan sambil menikmati persembahan kesenian Islam dan bersantai.
“Saya diletakkan di meja tamu sebab rasa hormat mereka, dan memang khemah lain tiada meja pun ... ahli jemaah (Global) Ikhwan mengenali saya dan isteri kerana (kami) sering membeli keperluan dapur di pasaraya Ikhwan ... ia menyediakan produk makanan buatan orang Islam,” kata Badrulamin kepada The Malaysian Insider.
Badrulamin turut menafikan sebarang penglibatan dirinya dengan Al-Arqam dan Global Ikhwan, malah menafikan mempunyai sebarang jawatan dalam pertubuhan tersebut.
“Saya langsung tiada kaitan apa-apa dengan organisasi Ikhwan, jauh sekali dari memegang sebarang jawatan.
“Kehadiran saya tidak ada sebarang agenda peribadi mahupun politik,” katanya lagi.

0 orang berkata:
Post a Comment