Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sunday, November 11, 2012

Kerna seorang sultan, rakyat didera. Apakah itu adil namanya?


DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah Al Mutawakkil Alallahi Shah
Gambar kiri, DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah Al Mutawakkil Alallahi Shah, Raja Zarith member Kerajaan Rakyat > klik sini kalau tak caya. ahakzzz

Rakyat pastinya tidak akan marah tanpa sebab. Perangai sesetengah sultan Melayu sebenarnya yang mendorong rakyat menjadi semakin mual, bosan dan jemu dengan institusi raja. Rakyat, khususnya orang Melayu tidak akan menegur kewujudan institusi raja-raja Melayu, sekalipun kebanyakkan rakyat merasakan kewujudan institusi tersebut hanya satu pembaziran wang rakyat yang amat nyata, sekiranya para raja dan sultan Melayu benar-benar menunjukkan tauladan yang baik.

Sultan, diangkat sebagai ketua agama Islam, tetapi ada sultan yang saban hari menonggak arak! Sultan seperti itu, ketua agama Islam atau ketua agama syaitan? Wajarkah rakyat hormati sultan yang berperangai seperti syiatan?

Sultan, diangkat sebagai ketua agama Islam, tetapi ada sultan yang saban hari menyakiti rakyat dengan pembaziran yang nyata, dalam keadaan rakyat marhaen hidup dalam serba kekurangan, kesempitan dan kedaifan. Sultan seperti itukah yang perlu dihormati olih rakyat?

Kepada para sultan, andai kalian benar mahu rakyat hormati kalian sebagai ketua agama Islam dan sebagai pemimpin contoh, ubahlah perangai dan kelaku. Jadikanlah Islam sebagai panduan, bukan sebagai perhiasan ucapan bibir dimajlis peresmian diraja!!!


Ahmad disoalsiasat 8 hingga 9 jam setiap hari.
Ahmad Abd Jalil sultan johor
Ahmad Abd Jalil
Temubual berikut Kerajaan Rakyat petik sepenuhnya dari laman Malaysiakini

Ahmad Abd Jalil, yang didakwa dengan menghina Sultan Johor melalui Facebook telah dikurung selama tujuh hari ketika ditahan reman di Balai Polis Johor Bahru.

Dalam satu wawancara denganMalaysiakini hari ini, Ahmad menceritakan pengalamannya sewaktu dalam tahanan di dalam sebuah sel kecil yang menurutnya tersangat panas, tidak ada kipas, dengan sebuah tingkap kecil yang tinggi berhampiran siling.

Sepanjang masa di dalam sel tersebut, Ahmad tidak melihat atau berjumpa sesiapa, kecuali anggota polis yang "mengiringinya" sewaktu dia hendak ke tandas.

"Ia tersangat panas sehingga saya tidak dapat tidur. Terdapat 12 unit semuanya, tetapi tiada siapa yang boleh mendengar atau melihat antara satu sama lain. Saya tidak dapat melihat apa-apapun, burung atau bahkan pokok," kata juruukur bahan berusia 27 tahun, yang baru mendirikan rumahtangga..

"Setiap hari, saya meminta untuk berjumpa dengan keluarga saya dan peguam kami tetapi mereka tidak membenarkannya".

Apakah Melayu masih perlukan sultan?

Pada hari Khamis, Ahmad dibebaskan dengan ikat jamin selepas didakwa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia.

Ahmad  yang keluarganya berasal dari Pulau Pinang, berkata beliau terpaksa berdepan dengan dua sesi kira-kira lapan hingga 10 jam disoalsiasat setiap hari. Polis bertanya beliau tentang sebab-sebab di sebalik kononnya kemarahannya terhadap Sultan Johor dan Ahmad mendakwa, pada satu ketika mereka cuba mendapatkan pengakuan daripada dia.

"Tetapi saya bertanya mereka 'marah tentang apa?'. Apabila mereka tahu saya tidak akan memberitahu apa-apa, mereka bertanya saya soalan lain yang berkaitan," katanya.

"Mereka bertanya tentang akaun bank saya, sama ada saya menerima wang dari sumber asing, atau sama ada saya pernah pegi ke negara-negara Arab," katanya.

"Mereka ingat saya dibiayai oleh pihak-pihak tertentu tetapi pasport pun saya tak ada. Mungkin mereka fikir saya mempunyai hubungan dengan beberapa NGO asing yang berpejabat di luar negara," katanya.
Pada setiap masa sewaktu sesi tersebut, Ahmad bertegas bahawa beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan tetapi berkata pihak polis kelihatan seperti terlalu berminat untuk mendengarnya.

Mereka hanya menjawab "sudah tentulah, mereka yang melakukan kesalahan tidak akan mengakui mereka salah," kata Ahmad, sambil menambah beliau pertamakalinya disoalsiasat oleh tiga pegawai polis dari Bukit Aman, dan kemudian oleh anggota dari Johor Bahru.
 
Kerajaan rakyat

1 orang berkata:

Anonymous said...

Suatu lagi institusi yang masih wujud yang menunjukkan bangsa Melayu terlalu bodoh dan banggang kerana membela golongan yang tak pernah berguna dan tak pernah menguntungkan bangsa walau sekumit garam pun. Malah sama seperti lintah yang semakin kenyang dengan melekat di betis rakyat dan akan jatuh kerana kekenyangan.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.