Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Suspek kes tetak di Wangsa Maju serah diri

7 November 2012
KUALA LUMPUR - Seorang dari lima suspek kes tetak anak lelaki bekas anggota Parlimen Pasir Puteh, Kelantan di Seksyen 6, Wangsa Maju di sini Ahad lepas, menyerah diri di Balai Polis Kepong malam tadi.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata lelaki yang berumur 27 tahun itu, menyerah diri kira-kira pukul 9 malam.
  
"Sebelum itu, polis menahan seorang lelaki berusia lewat 20-an dalam serbuan di sebuah taman perumahan di Gombak kira-kira pukul 3 pagi semalam dan suspek kini direman sehingga Ahad ini untuk diambil keterangan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.
  
Beliau berkata setakat ini polis telah menahan dua individu berkaitan kes itu.
  
Dalam kejadian 10.30 pagi Ahad lepas, Wan Mohd Faizal, 24, anak kepada Datuk Wan Mohd Najib Wan Mohamad cedera parah selepas ditetak tiga lelaki dengan parang berhampiran deretan kedai makan di Seksyen 6, Wangsa Maju.
  
Dua lagi suspek dipercayai menunggu di dalam sebuah kereta jenis Proton Perdana berwarna hitam berhampiran lokasi kejadian.  - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.