Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AWAT KETAQ SANGAT !

Tanding di Pekan: Saya bukan diktator, kata Hadi
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
6 November 2012
Abdul Hadi Awang
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
 
KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan sama ada beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Pekan terletak sepenuhnya pada keputusan parti kelak.

Sehubungan itu kata Hadi, nasibnya terserah kepada pimpinan tertinggi parti itu dan apabila mengatakan bersedia tanding di Pekan minggu lalu, beliau hanya menyampaikan mesej bahawa beliau bukan seorang "diktator."

"Kenyataan itu adalah mesej kepada ahli-ahli parti. Saya bukan diktator. "Kalau parti kata tak bertanding, tak bertandinglah. Kalau parti kata bertanding di Pekan, bertandinglah," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan ahli jawatankuasa kerja Pas Pusat yang membincangkan muktamar tahunan dan persiapan menjelang pilihan raya umum.

Hadi sebelum ini mengeluarkan kenyataan mengejut apabila berkata beliau sedia bertanding di kubu kuat Umno-BN itu jika diarah berbuat demikian.

Kerusi Parlimen Pekan disandang oleh Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak 1979.

Najib ketika diminta mengulas mengenai kesediaan Hadi berkata, beliau tidak fikir pemimpin itu akan bertanding di Parlimen Pekan yang diwakilinya itu dalam pilihan raya umum akan datang.

"Saya tidak fikir ini akan berlaku," katanya kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asia-Eropah (ASEM) di Pusat Konvensyen Nasional semalam. "Siapa nak bertanding (di Pekan), bertandinglah," kata Najib.

Dalam perkembangan lain, Hadi berkata, Pas sudah sedia lebih 90 peratus untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Alhamdulillah, persediaan awal kita sudah sedia," katanya. Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali memberitahu muktamar tahunan parti itu akan diadakan pada 14 hingga 18 November depan yang diadakan di Pengkalan Chepa, Kelantan.

"Perasmian oleh Dewan Muslimat Pas sementara mesyuarat penuh akan diadakan pada 15 November," ujar beliau.

Muktamar tahunan Pas akan diadakan bermula 14 hingga 18 November.


  • Ishak Abdol · · Top Commenter · Supervisor at HQ SCDF WO (Retired)
    Siapa Lawan Siapa Tidak Penting.

    Rakyat Malaysia sudah matang dan lebih bijak untok memilih siapa yang akan mewakili mereka di PRU13 akan datang ini.


    Yang terpenting kepada para pengundi ialah siapa calun parti yang mempunyai rekord terbaik yang dapat memberikan faedah terpenting kepada pendudok kawasan undi tersebut. Ini termasuk lah menghuraikan permasaalahan kebajikan, membina kemudahan prasarana asas seperti jalan raya, perumahan, eletrik, air yang bermutu, penbentongan parit dan sungai, pembinaan lebih banyak sekolah, pembangunan jalan raya yang lebih selesa, pembinaan perumahan PPRT dan seterus nya keaamanan dan kesejahteraan hidup pendudok di kawasan undi tersebut.


    Rekord kebolehan, kebijaksanaan dan perhubongan diantara para pendudok dengan wakil rakyat tersebut amat penting dan ia nya kunci utama bagi calun parti yang berminat dan berhasrat untok bertanding.
  • A'an Shaff · Top Commenter
    laaaa...ingatkan betul2 nak lawan Najib....bg mesej kat cai2 dia jea ruoenya, kononya dia bukan diktator...kesian cai2 PAS riuh se malaya konon2nya si hady ni super hero...kepada cai2 PAS, awat la hangpa tuduh hady ni diktator, sampai merajuk nak bunuh diri Tok Garu hangpa ni....dari pemimpin sampai la ke macai2 asik nak buat lawk jea PAS ni.....
  • Wan Napi · Top Commenter
    najib wat2 terkejut senyum aja hadi nak lawan dia....lain kali kalu nak cakap tu tgk2 lah dulu wat malu aja....
  • An Nua · Top Commenter
    dah tua la DS....dok rumah je lah. dusun pun bykkan...jaga pokok buah buahan lg baik ler.
  • Abdullah Yew · Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia
    Hadi memang bukan diktator. diktator PAS adalah Nicky Ajis. Sampai kat spender Hadi pun ada gambar Nicky Aziz siap tulis "I'LL BE WATCHING YOU". siap gambar jari dia nak jentik ***** hadi.
    • Badut Bee · Top Commenter · Bawah Titi
      Kau ni terer le yew, bukan saje jaga tepi kain orang namun spender orang pun kau stim. Teruk jugak penyakit yang kau alami....
    • Amrilkesuma Shamzil · · Top Commenter · Harvard University
      Najib sampai terkentut2 apabila denga DS haji Hadi nak lawan dia .sekurang2 nya DS Haji Hadi ada keberanian untuk bertanding diluar kawasan....apa kata DS HJ Najib pula kata nak bertanding di Sungai Siput....bagi hati berani sikit bertanding diluar kawasan...tapi ada berani ke?......tak caya aku.....
  • Pok Nuss · Top Commenter · Kuala Terengganu
    untuk sesiapa yg tidak mahu melihat komen2 kotor dari pengulas, bolehlah block pengulas tersebut dengan klik 'Mark as Spam'>>>klik 'block'....komen2 dia tidak akan keluar lagi di paparan anda....terima kasih.
  • Shaikh Mohamed Noordin · Top Commenter
    Jangan risau Datuk Seri, semua orang tahu Datuk Seri bukan "diktator", orang tak panggil Datuk Seri "balaci" pun kira dah cukup baik dah tu. Tapi "diktator" Datuk Seri sendiri dah kata, eloklah Datuk Seri bertanding di situ supaya cepat sikit Datuk Seri berhenti. Hari tu Datuk Seri nak berhenti dia jugak yang suruh Datuk Seri bertanding, Datuk Seri pun ikut cakap dia jugak, sekarang Datuk Seri kenalah ikut perintah "diktator" Datuk Seri tu supaya semua orang boleh tahu siapa "diktator" yang Datuk Seri maksudkan tu. Sian Datuk Seri....
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.