Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Wednesday, November 21, 2012

Bukti Felda Jual Minyak Sawit Mentah(MSM) Ke Israel - Blog www.nusajayakini.com

 JOHOR BAHRU - Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Saudara Mazlan Aliman telah membuat pendedahan secara terbuka berkaitan kegiatan penjualan kelapa sawit Felda kepada syarikat yang dimiliki oleh negara Israel, dalam ucapannya di Muktamar Tahunan PAS ke-58 .
“Sebelum ini Datuk Ahmad Maslan nafikan Genting Berhad beli saham FGVH sejumlah RM407.005.000. Ia jelas dipaparkan di skrin Bursa Malaysia. 


“Kali ini, saya dedah bukti penjualan MSM kepada BUNGE, Bunge Agribusiness Singapore Pte Ltd, syarikat Israel yang berpangkalan di Singapura. Inilah salah satu invois pembelian sejak tahun 2010 yang lalu.
“Ia berlaku ekoran 70% equiti dalam anak syarikat Felda iaitu, FELDA OIL PRODUCTS SDN BHD dikuasai oleh syarikat asing. 
 
Selain Mitsui dan Adeka Corporation, pemilikan saham terbesar oleh IFFCO SDN BHD, syarikat keluarga keturunan India yang berpangkalan di Dubai,” terang beliau menerusi laman sosial Facebook baru sebentar tadi.

“Sejak MITI meluluskan pindaan membenarkan pemilikan asing ditambah kepada 70% pada 16 Jun 2010, syarikat yang berpangkalan di Pasir Gudang ini dikenali dengan nama FELDA IFFCO OIL PRODUCTS SDN BHD(FIOP).

“Detik hitamnya bermula, MSM mula dijual kepada syarikat Israel! Penduduk Islam Palestin dibom, dibunuh, GAZA jadi medan pertumpahan darah paling dahsyat sampai hari ini.

“Pemimpin UMNO berpura-pura tunjuk simpati kepada penduduk Palestin, tetapi waktu yang sama menjual minyak sawitnya kepada Israel!,” tegas beliau lagi bagi mengemukakan bukti kerjasama Felda dan Israel.


Sumber: Facebook Mazlan Aliman

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.