Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PULANGKAN BALIK HABIS CERITA, HABIH TU TRENGGANU DULU CAM NE ?



21 November, 2012

'Umno Pun Rakyat, Layak Dapat Tanah Jugak' - Adun BN

SHAH ALAM, 21 Nov — Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Selangor dari Kuang hari ini menafikan bahawa Umno menyalahgunakan kuasa mendapatkan tanah kerajaan negeri untuk orang awam, sebagai parti yang mewakili rakyat.

Kesemua 24 plot tanah di Selangor — yang dikatakan milik parti komponen Barisan Nasional (BN) dan bekas presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu semasa mereka memerintah — adalah untuk kegunaan awam seperti dewan serbaguna dan tadika, kata ADUN Kuang, Abdul Shukur Idrus.


"Umno juga adalah rakyat, Umno mewakili 400,000 rakyat di Selangor. (Plot tanah) ini bukan untuk individu, ini untuk satu pertubuhan yang ramai.

"Tak boleh Umno gunakan tanah terbabit untuk kepentingan rakyat?" katanya, sebagai membalas kenyataan penyokong Pakatan Rakyat (PR) dalam sidang dewan undangan negeri Selangor semalam yang menuduh BN terlibat dalam menyeleweng plot tanah ketika berkuasa.

Tuduhan itu melibatkan 24 plot tanah awam di tujuh dari sembilan daerah negeri terkaya itu, dimana dimiliki oleh cawangan dan bahagian Umno, MCA, MIC dan Gerakan sekitar tahun 2000 hingga 2008.

Plot tanah berkeluasan sehingga tujuh ekar setiap satu dan jumlah keseluruhan adalah 33.5 ekar, kebanyakannya di kawasan komersil.

Daripada 24 plot, 15 dimiliki bahagian atau cawangan Umno, dengan enam dimiliki oleh Umno bahagian Sungai Besar, yang diketuai oleh bekas menteri besar Datuk Seri Khir Toyo.

MCA mempunyai lima plot, MIC tiga dan Gerakan satu.

Datuk Seri Samy Velly, bersama dengan S Subramaniam dan Allahyarham Tan Sri SOK Ubaidullah, salah seorang pengasas MIC, dinamakan sebagai pemegang amanah bagi tanah berkeluasan 2,832 meter persegi di Kuala Selangor.

Plot tanah terbesar ialah tanah berkeluasan tujuh ekar di Klang, yang dimiliki oleh Umno bahagian Kota Raja, dan 6.5 ekar tanah di Batu 14, Puchong, yang dimiliki Umno bahagian Puchong.

Adun Sekinchan Ng Suee Lim mencabar parti komponen BN untuk memulangkan kembali tanah tersebut kepada rakyat jika mereka benar-benar mahu menjaga kebajikan rakyat.

"Mereka perlu buktikan bahawa mereka benar-benar ikhlas berjuang untuk rakyat, bukan kata-kata kosong, kata berjuang untuk rakyat, tapi merampas tanah mereka," katanya lagi semalam. ~tmi

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.