Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Wednesday, November 21, 2012

Dari Pejabat DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

KENYATAAN MEDIA                                                                           NOVEMBER 20, 2012

Malaysia mesti bertindak untuk menamatkan pembunuhan kaum Rohingya di Myanmar

Dari Pejabat DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
Pembunuhan kaum Muslim Rohingya di Myanmar yang berlaku semenjak bulan Jun tahun ini masih tiada berkesudahan meskipun menghadapi tentangan masyarakat antarabangsa, dan telah menyebabkan kematian hampir 200 orang Rohingya dan seramai 110,000 tiada tempat berlindung. Penyembelihan secara sistematik ini telah dijalankan dengan bantuan kerajaan Myanmar menerusi tentera mereka, dan serangan terkini yang telah berlaku pada bulan Oktober telah menjadikan krisis tersebut semakin parah.

Dalam kenyataan media bertarikh 14 Ogos tahun ini, Pakatan Rakyat telah menggesa Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak memainkan peranan dalam menghentikan serangan terhadap kaum Rohingya, lebih-lebih lagi sebagai seorang pemimpin Muslim di dalam ASEAN, namun senarai tindakan itu tidak dijalankan. Kami menyesali kelengahan DS Najib, lebih-lebih lagi apabila hubungan diplomatik antara Myanmar dan Malaysia sudah lama terbentuk hasil usaha Malaysia membawa Myanmar ke dalam ASEAN.


Bersempena Perhimpunan ASEAN yang ke-21 yang diadakan di Phnom Penh minggu ini, Malaysia harus berbuat yang demikian:
 
a.       Menuntut kerajaan Myanmar hentikan pembunuhan kaum Rohingya dengan serta-merta dan membenarkan bantuan kemanusiaaan dari persatuan-persatuan antarabangsa disalurkan kepada mereka yang memerlukan, menerusi perjanjian dua hala;
 
b.      Menuntut ASEAN mengeluarkan penyataan membantah serangan yang masih berterusan dan mengambil langkah menghentikannya, memandangkan perlanjutan krisis ini akan menyebabkan ketidakstabilan di negara-negara serantau;
 
Malaysia mesti terus memberi tekanan kepada kerajaan Myanmar untuk menghentikan serangan  terhadap kaum Rohingya, serta mengadakan perjanjian damai. Malaysia juga harus menggesa pihak Amerika dan China campur tangan dan menasihati agar kerajaan Myanmar melindungi semua golongan minoriti serta menghentikan serangan terhadap kaum Rohingya.

Negara kita mempunyai tanggungjawab untuk menghentikan keganasan terhadap kaum Rohingya, terutamanya apabila kita merupakan negara jiran dan mempunyai hubungan diplomatik dengan Myanmar. Ini merupakan suatu cabaran moral untuk Malaysia, yang tentunya tidak akan diabaikan oleh sebuah kerajaan Pakatan Rakyat.

KETUA PAKATAN RAKYAT MALAYSIA
PRESS RELEASE                                                                  NOVEMBER 20, 2012

Malaysia must act to end the Rohingya genocide in Myanmar

The genocide of the Rohingya Muslims in Myanmar has continued unceasingly since June despite international outcry, with nearly 200 dead and over 110,000 displaced. This systematic slaughter of the Rohingya has been conducted with the assistance of the Myanmar government, as is clear by the involvement of the army, and the most recent attacks in October have further deteriorated an already desperate situation. 

In Pakatan Rakyat’s previous statement dated 14 August, a series of actions we asked Prime Minister Najib Razak to meet, especially as a Muslim leader in ASEAN, which he has failed to meet.

The lack of urgency is regrettable given Malaysia’s unique diplomatic relations with Myanmar and our instrumental role in embracing them in ASEAN.
 
With the 21st ASEAN Summit concluding this week in Phnom Penh, Malaysia must do the following:
a.       Demand the Myanmar government to stop the genocide immediately and allow for international aid to reach the people of Rakhine through direct channels, during bilateral talks with the government.
 
b.      Demand an official statement by ASEAN condemning the ongoing attacks as well as conducting an appropriate intervention, especially in light of the pressures this internal conflict would place upon the region;
 
Malaysia must continue press Myanmar to cease hostilities and sit down and talk to the Rohingya people. It must urge the United States of America and China to actively intervene and advise Myanmar to extend protection to all minorities.

Our country has a higher responsibility in the violence against the Rohingya because we are geographically close to the area and have special diplomatic access to the country. It is our responsibility not to ignore the plight of the Rohingya. This is a moral challenge to the Malaysian government, one that a Pakatan Rakyat government would not ignore.

LEADER OF THE MALAYSIAN OPPOSITION
<><><><><><>
BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.