Wednesday, November 21, 2012
MAYAT Perisik Israel DISERET Di Jalan Gaza
Enam lelaki yang
didakwa sebagai 'perisik Israel' telah dibunuh dan mayatnya diheret
melalui jalan-jalan bandar Gaza oleh sekumpulan lelaki ketika pengumuman
Israel yang memberikan amaran kepada rakyat Palestin untuk mengosongkan
beberapa wilayah kerana mereka akang melakukan serangan darat.
Menurut seorang saksi, enam perisik tersebut ditahan dan dibawa ke
sebuah persimpangan jalan di utara bandar dimana mereka kemudiannya
ditembak kerana memberikan maklumat risikan yang membantu Israel
mengetahui kedudukan tokoh-tokoh utama Hamas dan Jihad Islam untuk
dijadikan sasaran oleh pesawat pejuang mereka.
Nama keenam-enam lelaki tersebut telah dipaparkan di sepanjang jalan
raya selepas mereka disoal siasat oleh pegawai keselamatan Hamas tentang
siapa yang memberi maklumat dan menjadi 'pemberi maklumat' untuk
menentukan sasaran serangan yang tepat sehingga mengorbankan 118 nyawa
rakyat Palestin - separuh daripadanya adalah orang awam termasuk wanita
dan kanak-kanak, - dalam tempoh tujuh hari operasi ketenteraan.
0 orang berkata:
Post a Comment