Dah cakap lama dah, bila isu kalimah Allah menjadi bahan pergeseran dalam negara, maka bertegang leherlah kita mempertahankannya, akan tetapi undang-undang Allah tidak juga dilaksanakan, ini semua jenaka politik murahan dari golongan sekular, hangpa tunggulah seksa dari Allah - Pak Karamu
Martabatkan Islam, elak pertelagahan
DI SEBALIK ‘pertelagahan’ umat Islam dalam isu kontroversi penggunaan
kalimah ALLAH akibat perbezaan pendapat dan perbincangan isu dari sudut
berbeza, golongan bukan Islam pula memandang perkara itu dari perspektif
lain.
Biarpun Mahkamah Rayuan di Putrajaya memutuskan Gereja Katolik dilarang menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan akhbar mingguannya, The Herald, ia masih lagi menjadi perbualan ramai dan mendapat pertikaian sebilangan penganut Kristian.
Sinar Harian mendapatkan pandangan NGO dakwah pelbagai bangsa iaitu Timbalan Presiden Persatuan Darul Fitrah, ABDUL NASER ABDUL RAHMAN, yang juga sekretariat ‘National Dakwah Plan’ mengenai perspektif masyarakat di Sabah, Sarawak dan orang Cina melihat isu ini.
Abdul Naser, yang dikenali sebagai Xifu Naser juga merupakan Pensyarah di Jabatan Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Ibu beliau adalah Cina, manakala ayahnya merupakan Melanau, Sarawak, yang beragama Islam.
Dalam temu bual Xifu Naser bersama wartawan NURULFATIHA MUAH, beliau menyuarakan kebimbangan agama Islam bakal disalah ertikan berikutan ‘pertelagahan’ pendapat umat Islam dalam isu ini. Ikuti temu bual Sinar Harian bersama beliau mengulas perkara itu.
Boleh ceritakan mengenai populasi penduduk di Sabah dan Sarawak?
Saya hanya fokus di Sarawak sahaja. Di Sarawak, kurang dari 25 peratus penduduknya adalah Melayu Islam iaitu sama banyak dengan Cina yang juga hampir 25 peratus. Masyarakat Cina lebih fokus di kawasan bandar seperti Kuching dan Miri, manakala 50 peratus lagi adalah terdiri dari Bumiputera yang lain iaitu Iban, Bidayuh, Melanau, orang Ulu dan lain-lain.
Penganut agama Kristian adalah yang paling ramai iaitu lebih 40 peratus dari penduduk Sarawak. Secara keseluruhannya, bukan Islam adalah lebih kurang 70 peratus dari penduduk Sarawak. Agama Kristian berkembang pesat di Sarawak dibandingkan dengan agama-agama lain.
Ini adalah kerana pendakwah-pendakwah Kristian ‘orang putih’ dari Amerika kerap ‘turun padang’ ke kawasan-kawasan pendalaman di mana pendakwah-pendakwah Islam sendiri tidak pergi! Amat kurang sokongan dari institusi-institusi Islam sendiri dalam soal dakwah.
Bila orang kampung melihat orang putih yang kacak, berpakaian kemas dan bersopan santun turun padang ke rumah panjang mereka, sudah tentulah mereka akan rasa dihormati dan mesra dengan agama Kristian.
Bila kita ke sana, susah hendak bezakan antara Melayu dan bukan Melayu, Muslim dan bukan Muslim, mereka hampir sama. Dialek Sarawak mereka lancar. Orang Cina pun cakap dialek Sarawak sangat lancar. Mereka ada integrasi yang kuat.
Boleh ceritakan permulaan masyarakat di Sarawak menggunakan Bible dalam Bahasa Indonesia yang mengandungi kalimah ALLAH?
Sebelum Sarawak menyertai Persekutuan Tanah Melayu dan Sabah pada 1963, mereka sudah gunakan (Bible Bahasa Indonesia mengandungi kalimah ALLAH). Sebelum tahun 1963, Sabah dan Sarawak ada perjanjian. Negeri itu berbeza dengan Semenanjung dan ia merupakan sebahagian daripada Malaysia sebagai ‘partner’.
Di sini tiada Raja / Sultan dan ketuanan Melayu. Penggunaan Bible dalam Bahasa Indonesia adalah perkara yang sangat biasa dan ia tidak beri kesan kepada akidah kerana orang Melayu Islam Sarawak tahu dan faham perkara itu.
Walaupun tidak mempunyai ramai ulama seperti yang ada di Semenanjung Malaysia, mereka faham, kalimah ALLAH dalam Bible orang Kristian adalah berbeza. Orang Kristian bukan menghina kalimah ALLAH dan tidak letak kalimah ALLAH itu merata-rata.
Mereka sangat menyanjung perkataan ini sebagai Tuhan mereka iaitu Tuhan Bapa. Penggunaan kalimah ALLAH itu tiada masalah dan tidak mengelirukan umat Islam di sana. Lagipun bahasa kebangsaan mereka di sana bukan Bahasa Melayu (BM), bahasa perbualan di sana ialah dialek Sarawak.
Adakah penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible Bahasa Indonesia itu merujuk kepada ALLAH, Tuhan orang Islam atau rujuk kepada Tuhan Bapa orang Kristian?
Di sana, ALLAH itu rujuk kepada Tuhan paling agung sekali. Orang Islam akan tafsir lain daripada orang Kristian. Kedua-dua penganut agama di sana setuju ALLAH merujuk kepada Maha Pencipta. Malah, orang Iban yang sebahagiannya berfaham animisme, mereka juga guna kalimah ALLAH dan Nabi Muhammad SAW dalam jampi mereka. Namun, orang Islam tidak terpengaruh.
Ada pihak buat perbandingan penggunaan kalimah ALLAH di Sabah / Sarawak dan Semenanjung, apa perbezaan budaya di sini dan di sana?
Bagi saya, sama ada di Sarawak atau Semenanjung, ini adalah soal sensitiviti. Orang Sarawak lebih berintegrasi dan tiada masalah antara orang Melayu, Iban dan suku kaum lain di sana. Mereka menganggap diri mereka semua adalah Bumiputera dan serumpun, tidak timbul jurang antara mereka di sana.
Jadi konsep ketuanan Melayu tidak berjalan di Sarawak sebab orang Melayu adalah minoriti di sana dan Sarawak berbeza dengan negeri-negeri di Semenanjung di mana ia hanya menjadi sebahagian dari Malaysia pada tahun 1963, bukan 1957. Orang Melayu tidak boleh dakwa mereka ‘Tuan’ di Sarawak kerana majoriti bumiputera Sarawak di sana adalah juga ‘Tuan’ tanah Bumi Kenyalang.
Berbeza dengan di Semenanjung, konsep ketuanan Melayu yang dipolitikkan di sini menghasilkan jurang yang besar antara bangsa Melayu dan bukan Melayu. Isu kalimah ALLAH sangat sensitif di Semenanjung Malaysia kerana puncanya ialah masalah perkauman, bukan masalah agama.
Sebelum ini, bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengatakan, kalimah ALLAH adalah untuk semua lapisan masyarakat. Ulama dunia, Dr Yusuf al-Qaradhawi pun hairan mengapa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan di Malaysia.
Dr Zaharuddin Abdul Rahman (Presiden Multaqa Asatizah dan Du’at (Murshid)) mengharuskan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Muslim dengan syarat maslahat umat Islam dijaga.

1 orang berkata:
timberland shoes
adidas ultra boost
adidas tubular x
adidas nmd
air max 95
adidas yeezy
adidas gazelle sale
lebron 14
michael kors handbags
kobe 11
Post a Comment