TIDAK MENGAPA, PERTANDINGAN SENGIT PADA MEREBUT JAWATAN NAIB PRESIDEN ITU SATU STRATEGIK, ANDAINYA TUAN IBRAHIM TUAN MAN MENANG JAWATAN ITU MAKA SUDAH ADA GOLONGAN ULAMA PADA JAWATAN TERSEBUT, UNTUK JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN ANDAINYA SAINGAN SENGIT UNTUK TIM:PRESIDEN NANTINYA AKAN DIMENANGI OLEH NIK AMAR MAKA GOLONGAN ULAMA AKAN MENGUASAI TOP RANKING DALAM PARTI, DENGAN ITU ULAMA BOLEH MENARIK NAFAS PANJANG - Pak Karamu
KUALA LUMPUR - Muktamar Pas kali ke-59 akan menyaksikan saingan sengit
bagi dua jawatan tertinggi parti iaitu timbalan presiden dan naib
presiden.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi berkata, bagi saingan timbalan presiden menyaksikan pertandingan dua penjuru antara penyandang, Mohamad Sabu yang akan dicabar Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Katanya, naib presiden pula menyaksikan saingan paling menarik di mana lima calon menawarkan diri untuk bertanding dan mempertahankan jawatan tersebut.
"Tiga yang mempertahankan jawatan masing-masing iaitu Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.
"Mereka akan berdepan dengan Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Datuk Abu Bakar Chik," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung Pas, semalam.
Sementara itu, seramai 61 orang akan bertanding untuk kerusi AJK Pas Pusat.
Manakala, bagi jawatan Ketua Pemuda Pas pula, Asmuni mengesahkan terdapat tiga pencalonan baru iaitu Suhaizan Kaiat, Kamarulzaman Mohamad dan Zulhazmi Sharif.
"Pertandingan muka baharu ini susulan penyandangnya, Nasrudin Hassan mengundur diri daripada jawatan itu," katanya.
Manakala, Mohd Khalil Abdul Hadi dan Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob pula bertanding bagi mengisi kerusi timbalan ketua pemuda yang dikosongkan oleh Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Dalam sidang media yang sama, Asmuni menjelaskan kerusi naib ketua pemuda juga menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi dan Ir. Mohd Khairul Nizam Khairuddin.
"Seramai 26 orang akan bertanding untuk mengisi kerusi AJK Pemuda," katanya.
Bagi Muslimat Pas, Asmuni memberitahu, jawatan pengerusi tetap menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Norhashimah Deraman, Nor Azlin Md Samsudin dan Saadiah Abu Bakar.
Katanya, bagi jawatan ketua dewan muslimat pula memperlihatkan pertandingan satu lawan satu di antara Nuridah Salleh dan penyandangnya, Siti Zailah Mohd Yusof.
Bagi tiga jawatan utama Dewan Ulama Pas Pusat, jelas beliau, calon-calon yang terpilih telah menang tanpa bertanding.
"Mereka ialah Ketua, Datuk Harun Taib, Timbalan Ketua, Datuk Ahmad Yakob dan Naib Ketua, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad," katanya.
Hampir 1,300 perwakilan dari seluruh negara akan menyertai muktamar ini yang akan diadakan di Shah Alam bermula 20 November ini.

0 orang berkata:
Post a Comment