ELOK LA MU BERSIFAT FATHONAH APABILA BERHUJAH, KENYATAAN MU MENUNJUKKAN BAHAWA PENYANDANG (MAT SABU) TELAH GAGAL ATAU TIDAK BERKESAN DIDALAM HARAKAH PAS, ATAU MU CUBA NAK KATA BAHAWA MAT SABU TIDAK PERNAH MEMBANTU PRESIDEN UNTUK MEMPERTEGUH PARTI - Pak Karamu
Mohd Amar azam bantu perkukuh Pas
SHAH ALAM – Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik
Abdullah berikrar memberi keutamaan kepada membantu kepimpinan
memperkukuhkan parti sekiranya terpilih menjadi timbalan presiden pada
Muktamar Pas yang berlangsung dari 22 hingga 24 November ini.
“Insya-ALLAH, pertamanya saya akan cuba berusaha membantu presiden parti (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) memperkukuhkan parti, terutama dalam menempuh cabaran parti bagi menarik semula sokongan pengundi kepada Pas,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas matlamatnya jika dipilih menjawat jawatan tersebut pada muktamar akan datang dan sebab beliau mengambil keputusan tersebut.
Mohd Amar berkata, berdasarkan keputusan PRU13 5 Mei lalu, Pas kehilangan banyak undi di kalangan orang Melayu.
“Kita tengok baru-baru ini undi parti berada di bawah dan hilang banyak undi di kalangan orang Melayu.
“Jadi perkara itu suatu isu yang serius; sebab pengundi tegar adalah pengundi Islam, walaupun kita juga memerlukan undi bangsa lain, tetapi asas kepada parti adalah undi mereka (Melayu).
"Jadi saya cuba bantu tarik balik pengundi,” katanya.
Katanya, dengan pertandingan dua penjuru itu, perwakilan boleh memilih calon terbaik setelah pengunduran Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang juga dicalonkan bertanding jawatan nombor dua itu.
“Apabila Tuan Ibrahim tarik diri, nama saya pula dicalonkan untuk bertanding dengan penyandang, Mohamad Sabu.
“Ini menunjukkan satu pertandingan yang sihat. Kalah menang adat pertandingan. Segalanya diserahkan kepada perwakilan,” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment