Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

INI MACAM KERAJAAN BOLEH TUMBANG TANPA PILIHANRAYA NIH !

Wednesday, November 6, 2013

Ada agen CIA di pejabat Peguam Negara?.. Biar betul Mahathir ni..


Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail nampaknya sedang menerima tekanan daripada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir bukan sahaja mendapatkan pandangan balas daripada bekas pegawai kanan polis dan peguam kanan sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini hari ini bahkan menteri juga dibawa berbincang mengenainya.

Menurut sumber The Malaysian Insider, sekurang-kurangnya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dibawa berbincang oleh Dr Mahathir mengenai tingkah laku Gani.

Antaranya Mahathir bertanya Zahid apakah beliau sedar atau tidak ada dua pegawai Amerika Syarikat yang didakwanya agen kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang bekerja di pejabat Peguam Negara sekarang.
Sehubungan itu, Zahid didakwa berjanji akan menyiasat dakwaan Dr Mahathir itu.

Hari ini, Malaysiakini mendedahkan, Dr Mahathir melalui orang kepercayaannya memanggil bekas pegawai penyiasat polis terhadap kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu Datuk Mat Zain Ibrahim ke rumahnya.

Mat Zain dibawa bertemu Dr Mahathir oleh peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah pada 10 Ogos lalu, tiga hari selepas hari raya Aidilfitri.

Mereka bertemu Dr Mahathir di rumahnya di Country Height. Turut serta adalah bekas Setiausaha Politik Dr Mahathir, Matthias Chang.

Dalam perbincangan di meja makan sempena hari raya itu, mereka berbincang mengenai salah laku Gani bermula daripada kes mata lebam Anwar lagi.

Turut dibincangkan adalah kekalahan Malaysia dalam kes Pulau Batu Puteh di Mahkamah Antarabangsa. Gani mewakili Malaysia dalam kes itu.

Selepas pertemuan 10 Ogos itu, Mat Zain pada 7 Oktober membuat satu akuan bersumpah yang antara kandungannya adalah dakwaan salah laku Gani dalam kes mata lebam Anwar.

Akuan bersumpah itu kemudiannya dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Turut dihantar salinan Akuan Bersumpah itu adalah Peguamcara Negara, Datuk Idrus Harun; Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar dan juga dikatakan diterima oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin ~ The Malaysian Insider

2 orang berkata:

Anonymous said...

dakwaan mahathir ni bukn takat bn tumbang malah boleh perang..mcamana mahathir tahu? aku takut ag ni cuma kbing hitam je..mahathir pulak pernah belajar dgn cia tahun 1964 aku baca dlm internet..kes ni besar ni...kalau ada dakwaan begini silap silap darurat beb sbb semua org di jbatn tu mesti kena scan dulu...lagi satu risikan tentera kita pon tak pernah tahu mcamana mahathir tahu..? jgn jgn mahathirlah agen cia...nak cover so adakan kambing hitamlah

Anonymous said...

takut dgn pendedahan edward snowden so awal awal lagi mahathir dedahkan..
pelik sungguh perkara ni..
kenapa tk didedahkan masa dia pm
.takkan gani patail jadi peguam negara tnpa dia setuju...? pelik aku...bila snowden dedahkan..risikan tentera pon kata takde maklumat tentera yg bocor...alih alih ader kat peguam negara..pelik aku camna mahathir dapat tau dan boleh akses sampai begini sekali...pening pening

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.