BILA MAT SABU KALAH DALAM PEMILIHAN NANTI MAKA ORANG YANG PALING GEMBIRA IALAH NAIB PRESIDEN UMNO IAITU ZAHID HAMIDI, DAN MUNGKIN JUGA BEKAS TIMBALAN PRESIDEN PAS IAITU UST NASA, INI PANDANGAN PAK KARAMU, DAN SEKALI GUS AKAN MENGGEMBIRAKAN GOLONGAN ULAMA, INI KERANA ISU ULAMA DAN PROFESIONAL MASIH LAGI DIMAINKAN SECARA GENYIT MATA ATAU DISEBALIK TABIR, TIDAK CUKUP DENGAN USHA MENJATUHKAN MARUAH MAT SABU OLEH SUARA DAIPADA LUAR DAN DALAM DENGAN ISU KEKALAHANNYA DALAM PRU LALU DITAMBAH LAGI DENGAN ISU SYI'AH ? INI SEMUA KERJA SIAPA DALAM USHA UNTUK MENJARUHKAN MAT SABU ? - Pak Karamu
Sabtu, 9 November 2013
NIK AMAR PEMIMPIN BERPOTENSI BESAR
Perisytiharan pencabar jawatan penting PAS telah rasmi di palu. Ia akan
ditentukan secara mutlak oleh perwakilan muktamar yang akan bermula pada
20 November oleh dewan dewan dan berakhir pada 24 November dengan
penutupan muktamar penuh. Ia dinantikan dengan debaran dan harapan besar
terhadap perubahan masa depan PAS.
Bagi jawatan pemilihan sessi lepas, Jawatan Timbalan Presiden menjadi milik Mat Sabu setelah beberapa kali mencuba. Beliau menewaskan dua calon lain iaitu Datuk Tuan Ibrahim dan Ustaz Nasha. Pemilihannya di lihat sebagai mood pilihanraya oleh sebahagian perwakilan. Harapan besar diletakkankan kepadanya untuk melonjakkan keputusan PAS.
Mat Sabu yang dikenali sebagai Abang Mat seorang yang mesra dan seorang pemimpin gerakan demonstrasi yang berjaya. Namun sepanjang menjadi Timbalan Presiden beliau masih belum melonjakkan PAS sebagaimana di harapkan.
Nasib
Mat Sabu semakin malap apabila beliau tewas dalam PRU 13 mewakili
kerusi Pendang milik PAS warisan Datuk Fadzil Nor. Ia sangat
mengecewakan ahli PAS seluruh negara. Tuduhan dan kaitan dengan pelbagai
isu Syiah yang dikaitkan dengan beiau sedikit menjejaskan walaupun
gagal dibuktikan.
Cabarai isu kalimah Allah yang menjadi isu besar sebelum PRU juga gagal
tangani apabila beliau hanya mampu mengatakan bahawa ia tidak
berkepakaran dalam isu tersebut dan menyerahkan kepada pimpinan lain.
Sikap yang baik namun mengecewakan kerana belaia adalah Timbalan
Presiden sebuah Parti Islam.
Pemilihan kali ini beliau di cabar satu lawan satu oleh Nik Amar Nik Abdullah. Nik Amar bukan nama baru dalam PAS. Beliau di bawa kembali ke Kelantan untuk memperkasakan pimpinan TGNA selain Husam Musa. Kini setelah memperkukuhkan kedudukan sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan, beliau di calonkan sebagai Timbalan Presiden.
Beliau
adalah seorang pentadbir yang profesional berlatarbelakangkan Ulama.
Bekas pensyarah UIA ini dilihat mempunyai potensi besar mewarisi nama
besar almarhum ayahandanya Pak Nik Lah... Vokal di Parlimen Malasysia
bersendirian mewakili PAS suatu ketika dulu.
Pencalonan Nik Amar juga dilihat sebagai satu usaha meletakkan kepimpinan kerajaan Kelantan seiring dengan suara PAS Pusat. Ia dilihat boleh mengelakkan peristiwa serangan ADUN PAS sendiri sebagaimana dilakukan HUsam Musa sebagai perkara yang mesti dielakkan. Keadaan yang menyebabkan PAS Pusat terpaksa ke Kelantan untuk mendalami keadaan sebenar.
Dengan kedudukan sebagai TMB Kelantan, maka jawatan Timbalan Presiden PAS dilihat akan membawa kekuatan kepada kerajaan Kelantan dan menjadikan Kelantan sentiasa dalam pantauan Pusat dalam melaksanakan tugas negeri contoh PAS setelah lebih 20 tahun.
Sebagai pemimpin yang mempunyai ilmu agama yang luas selain seorang pentadbir yang tegas, saya yakin beliau mampu memikul amanah besar Timbalan Presiden PAS yang sepatutnya di sediakan untuk menggantikan Presiden dari kalangan ulama besar seperti TG Hj Hadi Awang.
Selepas PRU 13, PAS memerlukan kembali kekuatan untuk menyusun pentadbiran dan organisasinya bagi menggerakkan PAS menggalaskan cabaran harapan Massa menjelang PRU 14.
Bagi jawatan pemilihan sessi lepas, Jawatan Timbalan Presiden menjadi milik Mat Sabu setelah beberapa kali mencuba. Beliau menewaskan dua calon lain iaitu Datuk Tuan Ibrahim dan Ustaz Nasha. Pemilihannya di lihat sebagai mood pilihanraya oleh sebahagian perwakilan. Harapan besar diletakkankan kepadanya untuk melonjakkan keputusan PAS.
Mat Sabu yang dikenali sebagai Abang Mat seorang yang mesra dan seorang pemimpin gerakan demonstrasi yang berjaya. Namun sepanjang menjadi Timbalan Presiden beliau masih belum melonjakkan PAS sebagaimana di harapkan.
Pemilihan kali ini beliau di cabar satu lawan satu oleh Nik Amar Nik Abdullah. Nik Amar bukan nama baru dalam PAS. Beliau di bawa kembali ke Kelantan untuk memperkasakan pimpinan TGNA selain Husam Musa. Kini setelah memperkukuhkan kedudukan sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan, beliau di calonkan sebagai Timbalan Presiden.
Beliau
adalah seorang pentadbir yang profesional berlatarbelakangkan Ulama.
Bekas pensyarah UIA ini dilihat mempunyai potensi besar mewarisi nama
besar almarhum ayahandanya Pak Nik Lah... Vokal di Parlimen Malasysia
bersendirian mewakili PAS suatu ketika dulu.Pencalonan Nik Amar juga dilihat sebagai satu usaha meletakkan kepimpinan kerajaan Kelantan seiring dengan suara PAS Pusat. Ia dilihat boleh mengelakkan peristiwa serangan ADUN PAS sendiri sebagaimana dilakukan HUsam Musa sebagai perkara yang mesti dielakkan. Keadaan yang menyebabkan PAS Pusat terpaksa ke Kelantan untuk mendalami keadaan sebenar.
Dengan kedudukan sebagai TMB Kelantan, maka jawatan Timbalan Presiden PAS dilihat akan membawa kekuatan kepada kerajaan Kelantan dan menjadikan Kelantan sentiasa dalam pantauan Pusat dalam melaksanakan tugas negeri contoh PAS setelah lebih 20 tahun.
Sebagai pemimpin yang mempunyai ilmu agama yang luas selain seorang pentadbir yang tegas, saya yakin beliau mampu memikul amanah besar Timbalan Presiden PAS yang sepatutnya di sediakan untuk menggantikan Presiden dari kalangan ulama besar seperti TG Hj Hadi Awang.
Selepas PRU 13, PAS memerlukan kembali kekuatan untuk menyusun pentadbiran dan organisasinya bagi menggerakkan PAS menggalaskan cabaran harapan Massa menjelang PRU 14.


0 orang berkata:
Post a Comment