TAHNIAH KEPADA TUAN IBRAHIM DAN HUSAM MUSA - Pak Karamu
09 November, 2013
Berita Gempar Buat Ahli PAS..
Pihak paling rugi apabila berlaku pertembungan antara Mohamad Sabu
dengan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah untuk jawatan timbalan presiden PAS
adalah ahli PAS keseluruhannya.
Ini kerana, pilihan utama mereka Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk
Husam Musa tidak menyertai pertandingan itu. Mereka hanya dapat memilih
di kalangan kurang popular sahaja padahal mereka perlu menentukan orang
nombor dua dalam parti Islam itu.
Tuan Ibrahim dan Husam semalam, menjelang tarikh tutup pengesahan
pertandingan parti pada jam 5 petang 8 November, mengumumkan mereka
hanya akan bertanding jawatan naib presiden dan menolak untuk bertanding
timbalan presiden.
Semasa pencalonan diterima, Tuan Ibrahim dilaporkan mendapat pencalonan terbanyak iaitu lebih 50% daripada 103 pencalonan yang sah daripada kawasan di seluruh negara.
Husam pula dikatakan mendapat pencalonan kedua terbanyak. Namun sehingga kini ia tidak didedahkan kepada umum.
Pihak jawatankuasa pemilihan PAS yang diketuai Asmuni Awi hanya
memaklumkan jumlah pencalonan yang diterima kepada calon berkenaan
sahaja.Poll yang dibuat oleh Tranungkite pada 30 Oktober lalu.
Dalam poll yang dibuat sebuah laman pro PAS, Tranungkite.net, Tuan
Ibrahim menjadi calon paling popular di kalangan ahli PAS manakala Husam
ditempat kedua. Keputusan ini selari dengan peratusan pencalonan yang
mereka terima.
Menurut poll itu, Mohamad berada di tempat ketiga manakala Nik Amar
tempat keempat selepas seorang lagi calon Salahudin Ayub yang sejak awal
mengumumkan hanya bertanding bagi jawatan naib presiden sahaja.
Tuan Ibrahim ketika mengumumkan hanya menerima pencalonan untuk naib
presiden berkata, berasa tidak mampu untuk memikul jawatan yang lebih
tinggi daripada itu.
Husam pula dalam kenyataannya berkata, pencalonan paling banyak yang
beliau terima adalah untuk jawatan naib presiden."Saya anggap ia adalah
isi hati, pedoman dan pilihan akar umbi PAS jawatan mana yang mereka
ingin saya tempatkan diri saya," kata Husam dalam kenyataannya.
Dengan penolakan kedua-duanya, pemilihan yang sukar bagi perwakilan PAS
dalam Muktamar PAS ke-59 pada 22 hingga 24 November ini adalah untuk
jawatan naib presiden.
Bagi kerusi naib presiden, calon-calon kini adalah Salahudin Ayub, Datuk
Abu Bakar Chik, Tuan Ibrahim dan Husam manakala Datuk Mahfuz Omar belum
membuat sebarang pengumuman.
"Saya telah memberitahu wartawan sebelum ini, saya mahu Pengerusi
Jawatankuasa Pemilih yang memaklumkan keputusan saya," kata Mahfuz
kepada The Malaysian Insider.
Semalam, Idris Ahmad dan Datuk Mujahid Yusof mengumumkan akan bertanding
jawatan AJK PAS Pusat sahaja manakala seorang lagi calon yang layak,
Nasrudin Hassan mengumumkannya sejak awal lagi akan bertanding AJK PAS
Pusat sahaja.
Perwakilan sekarang terpaksa membuat pilihan antara empat calon utama
iaitu tiga penyandang Salahudin Ayub, Husam dan Mahfuz serta dengan
kedatangan calon popular, Tuan Ibrahim.
Abu Bakar Chik yang turut bertanding dikatakan calon 'underdog' untuk
pertandingan naib presiden ini kerana beliau agak tertinggal daripada
pucuk pimpinan utama parti selepas berhenti daripada jawatan Ketua
Pemuda PAS sebelum ini.
Salahudin dikatakan mendapat sokongan kedua-dua pihak, ulama dan bukan ulama serta paling popular daripada semua calon yang ada.
Tuan Ibrahim pula dilihat bakal mewarisi pucuk pimpinan utama PAS di
masa depan, sudah tentu dia juga bakal menang.Kini persaingan antara
Husam dan Mahfuz.
Husam dikatakan mempunyai penyokong tersendiri manakala Mahfuz pula baru
membuktikan kemampuannya selepas calon PAS berjaya di pilihan raya
kecil Sungai Limau.
Justeru, sudah tentu tugas sukar bagi perwakilan membuat pilihan di
samping dilema yang mana calon terbaik sebagai naib presiden PAS musim
ini. ~tmi



0 orang berkata:
Post a Comment