YANG MENONJOLKAN DIRI MERASAKAN LAYAK UNTUK MEMBIMBING SEBUAH PERTUBUHAN, NAMUN MEREKA PERLU MENILAI DIRI SENDIRI SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAKNYA BERGERAK KETIKA BERHADAPAN DENGAN RAKYAT YANG BERBILANG KAUM DAN KEPERCAYAANSERTA ANUTAN, KEMAMPUAN SEORANG CALON JANGAN HANYA MERASAKAN DIRI LAYAK MEMEGANG JAWATAN DIDALAM KUMPULAN AKAN TETAPI MEREKA JUGA PERLU MELIHAT KEKOKOHAN KUMPULAN DAN PERHUBUNGANNYA DENGAN RAKYAT YANG BERBILANG KAUM ATAU JANGAN HANYA MELIHAT PENGARUH KEDAERAHAN - Pak Karamu
Penyandang tak terkesan berdepan calon baru
KUALA LUMPUR - Tindakan perwakilan menghantar sehingga 12 nama calon
untuk jawatan naib presiden seharusnya dilihat secara positif
memandangkan ramai pihak yang diberi penghormatan untuk berkhidmat
kepada parti.
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan itu membuktikan Pas tidak ketandusan calon bagi menjawat jawatan ketiga tertinggi dalam parti.
“Itu terpulang kepada perwakilan, tiada masalah kepada penyandang apa jua jawatan sekalipun untuk berdepan dengan orang lain yang menawarkan diri untuk berkhidmat kepada parti.
“Penting bagi saya, adalah untuk berkhidmat kepada parti dan bukannya mencari apa jua kedudukan dalam parti kerana ia bukan ada apa-apa yang boleh mengenyangkan dan memenuhkan poket,” katanya.
Mengulas lanjut, katanya mana-mana pihak tidak perlu membuat sebarang spekulasi berkenaan calon yang bakal merebut sebarang jawatan.
“Itu terpulang kepada calon, mereka mempunyai hak dan pandangan masing-masing untuk membuat pertimbangan tertentu bahawa kepentingan parti secara keseluruhannya.
Dalam pada itu, beliau yang masih berteka-teki sama ada untuk mengekalkan jawatan tersebut dan hanya mahu mendedahkannya pada Khamis ini.
“Tunggu 8 November ini, tunggu Pengerusi Pemilihan umumkan. Saya tidak serahkan borang lagi, kerana saya sibuk dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau.
“Sebelum 8 November ini saya akan maklumkan kepada umum sama ada saya bertanding atau tidak,” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment