MUKTAMAR SEMAKIN HAMPIR, RAMAI YANG TELAH MEMBUAT PANDANGAN, ADA YANG MENGATAKAN BAHAWA GOLONGAN ULAMA YANG AKAN MENGUASAI KEMBALI JAMA'AH PAS DAN ADA YANG MENGATAKAN GOLONGAN PROFESSIONAL YANG AKAN MENGUASAI PAS , PADA SAYA GOLONGAN-GOLONGAN INI TIDAK TIMBUL LANGSUNG, KERANA JAMA'AH SUDAH NAMPAK KEJAYAAN GOLONGAN GERAK KERJA DAN GOLONGAN YANG HANYA MERANCANG DAN BERCAKAP TANPA AKTIF BERGERAK
MENILAI, MENGARAH, MEMERINTAH SAHAJA TIDAK MENCERMINKAN RIALITI KEJAYAAN SESEBUAH PERTUBUHAN, APA YANG TERBAIK IALAH BERSAMA MERANCANG DAN BERSAMA BERGERAK DAN BEKERJA, JANGAN TIMBULKAN SESUATU ISU YANG BODOH YANG AKIBATNYA AKAN MENGHANCURKAN KUMPULAN - Pak Karamu
Peluang Mat Sabu kembali cerah
SHAH ALAM – Kemenangan Pas di PRK Sungai Limau sedikit sebanyak akan
memberi kelebihan kepada calon yang bertanding dalam Muktamar Pas kali
ini.
Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel) Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, calon timbalan presiden, Mohamad Sabu antara orang kuat Pas yang turun berkempen pada PRK itu selain Datuk Mahfuz Omar.
“Kemenangan di Sungai Limau beri anjakan moral kepada Mat Sabu kerana penglibatan bukan ulama cukup ketara dalam tempoh berkempen di situ.
“PRK itu juga dilihat sebagai medan ujian kepada kumpulan ini untuk membuktikan yang ideologi yang mereka bawa boleh diterima masyarakat setempat,” katanya kepada Sinar Harian.
Mengulas lanjut mengenai perebutan jawatan timbalan presiden Pas, Mohammad Redzuan berkata, beliau berpendapat bahawa peluang Mat Sabu kembali cerah untuk mengekalkan jawatan yang disandang itu.
“Pendapat ini melalui pemerhatian kami sepanjang tempoh PRK Sungai Limau kerana kemenangan ini memberi kekuatan baru kepada Mat Sabu dalam pertandingan ini,” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment